Contributors

Tuesday, December 6, 2011

AYAM MASAK KURMA KASIH

AYAM MASAK KURMA KASIH

Selamat petang n salam sejahtera untuk anda semua semuga sihat2 n ceria selalu seceria mentari pagi.Penghidupan seharusnya ceria kalau tidak pudarlah ya seumpama masakan tanpa perasa. waduh....waduh k.rose kalau pasal berceloteh erm memang no.1 tp asalkan kita tidak mengata orang atau menyakiti hati insan lain .Celoteh pasal masakan tidak menjadi hal  seronok dpt berkongsi sesuatu yg dpt mendatangkan hasil. so hari ini k.rose nak kongsi satu resipi AYAM MASAK KURMA KASIH

BAHAN-BAHANNYA:
1 ekor ayam yg sudah dpotong
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia
2 batang serai*
4 sudu serbuk KURMA ADABI
3 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat
1/2 tin susu cair
2 biji limau kasturi
* bahan2 dblend
Sedikit rempah tumis
1 sudu makan kerisik

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  Cuci bersih ayam kemudian toskan dan dgaul dgn sedikit garam kemudian digoreng sekejap
2.  Panaskan minyak dan masukkan rempah tumis dan kesemua bahan-bahan yg telah di blend tadi biarkan 
     sampai angkat bau dan masukkan serbuk KURMA ADABI kemudian masukkan susu cair dan 1 cawan 
     air biarkan sampai mendidih.
3.  Perahkan limau kasturi  masukkan gula,susu,kerisik, dan sedikit kicap 
4.  Akhir sekali masukkan ayam yg sudah digoreng tadi dan akhir sekali masukkan perasa secukupnya





























Monday, December 5, 2011

DAGING MASAK HITAM SERI SARAWAK







Assalammualaikum n salam sejahtera untuk semua pembaca blog k.rose yg dsayangi n selamat bercuti untuk anak2 semua.Erm.....sebelum tu k.rose pohon ribuan kemaafan coz dah terlalu lama k.rose tak muncul kerana sibuk dgn tugasan harian n tambahan pula bila dah musim cuti sekolah peluang untuk menggunakan laptop memang tak ada peluang so kita yg dah tua ni terpaksalah mengalah diri untuk anak2

BAHAN-BAHANNYA:
1KG daging
1/2 kg bawang merah(dgoreng garing)
10 ulas bawang merah*dkisar
5 ulas bawang putih*dikisar
2 cm halia*dikisar
1 paket rempah Sharifah(khas dari Sarawak)jikalau perlu
1/2 kismis hitam *dikisar dgn sedikit air
1/2 paket buah prun tidak berbiji *dikisar
1/2 botol kicap pekat
Sedikit air asam jawa
Kicap hitam cair secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit perasa
Sedikit buah pelaga,kayu manis dan bunga cengkih utuk menumis


CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  Daging dipotong dan dbasuh kemudian ditoskan selama setengah jam.
2.  Selepas itu daging digaul dgn rempah Sharifah(jika ada),kicap hitam cair,gula,perasa dan setengah
     botol kicap pekat.Perap selama sejam
3.  Kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga digoreng dgn minyak seketika.Masukkan bawang putih,
     bawang merah dan halia yang dikisar.Tumis sehingga naik bau
4.  Kemudian masukkan daging yang diperap tadi.Biarkan sehingga daging mengeluarkan air dan empuk
5.  Masukkan kismis dan prun yg sudah dikisar bersama dengan air asam jawa.Gaul sehingga masak


Thursday, November 17, 2011

KEK HATI PAREK.....hitam2 si hitam manis

Salam sejahtera dpetang Jumaat semuga anda ceria2 selalu n sentiasa dberkati allah.....terlalu lama k.rose tak mengupdatekan D.MAMA kesibukan yg berpanjangan tidak mengizinkan namun kerinduan ttap bersemadi dhati k.rose ribuan kemaafan k.rose pohonkan namun kehidupan seharian tetap ceria dgn kerenah anak2 .Kehidupan ini kalau semua nya dpandang serious memanglah susah alamatnya cepat tua daripada usia.so kenak happy n ceria selalu .Kali ni k.rose nak share satu resipi KEK HATI PAREK . Oleh kerana masa tidak mengizinkan kalau diikut memang byk lagi resipi2 yg k.rose nak sharekan.Insallah k.rose akan paparkan utuk masa2 akan dtg biarpun lambat namun janji tetap dtepati selagi nadiku masih berdenyut.

BAHAN-BAHANNYA:
160Z mentega
10 biji telor ayam(2 biji dbuang putih)
7 gelas tepong gandum
4 gelas gula
2 gelas gula kasar(utk dtanak)
3 sudu teh bicarbonate
3 sudu teh browning sugar
500gm cooking coklat
1kg kismis(dblendkan)

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  Pukul mentega dgn gula sampai kembang kemudian msukkan telor satu persatu masukkan tepung sedikit
     demi sedikit sampai habis
2.  Kemudian masukkan kismis,coklat,
3.  Akhir sekali masukkan gula hitam dan gaul perlahan2 hingga sebati
4.  Masukkan gula yg sudah dtanat tadi kacau cepat utk menggelak gula menjadi beku
5. Akhir sekali kukuslah selama 8 jam

Monday, September 19, 2011

MEE BELACAN.......hj. Anim

Salam  sejahtera dpagi selasa yg sungguh mendamaikan coz anak2 k.rose semuanya dah turun kesekolah so tinggallah k.rose seorg diri melayan blog kesayanganku DAPUR MAMA hari ini k.rose merasa sungguh relax
n tak berada dopis coz semalam k.rose dah masakkan 2 menu so yg balance tu boleh utuk lunch nanti.semalam k.rose buatkan sambal goreng ikan bilis resipi ni agak lain daripada yg k.rose selalu buat memang sedap....insallah akan k.rose uploadkan nanti.
Bercakap tentang MEE BELACAN memang terdapat berbagai2 resipi tp yg k.rose nak sharekan kali ini memang lain daripada resipi MEE BELACAN yg pernah k.rose kongikan dahulu.Tp k.rose n family lebih suka resipi yg baru ini MEE BELACAN.....hj anim dberi nama. N satu perkara lagi belacan mestilah yg baik n good kualiti barulah hasilnya jadi sedappppppppp....

BAHAN-BAHANNYA:
10 biji bawang merah*
250gm belacan*
cili kering ikut suka*
1 botol otak udang
4 biji asam boi(utk mengkukus ikan)
Gula apong secukup rasa/gula biasa
1 biji buah nenas yg masak(DBLEND)
150gm udang kering*
5000ml air (utuk memasak bahan2 ini)
garam perasa secukup rasa
4 sudu makan tepung jagung(boleh dtambah kalau kuah masih cair)
2 biji buah(dhiris nipis/dparut)
buah limau kasturi
2 ekor sontong kembang(drebus sekejab)
1 bungkus mee hoon (drebus sekejab)
(bahan2 * hendaklah dblend)
Telur padi/telur ayam drebus
Kacang tanah (dblend)


CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Masukkan kesemua bahan2 * yg sudah dblend  kedalam periuk dan masukkan 5000ml air,buah nenas yg
   sudah dblend,otak udang,asam boi dan biarkan ya berebus secukupnya.
2.Masukkan gula,garam,perasa n akhir sekali tepung jagung
3.Blendkan cili kering dgn sedikit belacan kemudian tumiskan dgn sedikit minyak(sambal belacan sebagai
   tambahan.
(SAJIAN UNTUK  30 ORG so kalau nak buat percubaan bolehlah buatkan setengah daripada resipi ini)









Sunday, September 18, 2011

SALAM AIDIL FITRI 2011

                                                                                        
Salam sejahtera n SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI alhamdulillah kita masih sampai disini n kesempatan ini juga k.rose ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga seandainya terdapat salah dan silap sepanjang persahatan kita dalam alam maya ini.Tersalah atau terkurangnya dlm blog DAPUR MAMA kita sebagai manusia biasa tak akan lari dari membuat kesilapan.Walaupun dah hampir nak abiz bulan syawal namun coretan ini tetap k.rose coretkan walau secebis coretan khas utk semua yg sudi melayari blog DAPUR MAMA n terima kasih.



ARMAN CUCUANDA NANNY

Tuesday, September 13, 2011

CHICKEN CHEESE WITH BROCOLI........yummy

Salam keceriaan dpagi rabu semuga sihat2 selalu hendaknya ,Dah 3 hari sang suria tak timbul2 so kain jemuran pun tak usah nak dkata......boleh mengalah laundry mamak n selepas itu kain lipatan pun tinggi menggunung,.Hari ini k.rose n my hubby berpuasa sunnat 6 n dah masuk ari k3 so smalam k.rose buatkan satu resipi ala2 mat salleh utuk  berbuka,Sebenarnya resipi ini dtgnya dari sesorg yg dah lama menetap dtanah arab.Masakan ini memang simple je....cepat n mudah tp sgt2 mengemukkan......
 1 EKOR AYAM POTONG
 1 TIN SUSU CAIR
 1 PAKET CHEESE
 SEDIKIT BROCOLI
 1 BATANG CARROT(DHIRIS DADU)
 BUNGA KOBIS
 MUSHROOM TIN
 BABY CORN
 MIX VEGE
2 SUDU GULA
GARAM N SECUKUP RASA

CARA CARA MEMBUATNYA

1. CAIRKAN BUTTER KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG BAKONG DIHIRIS HALUS
2. MASUKKAN AYAM DAN 1/2 TIN SUSU BIARKAN SAMPAI MASAK N TAMBAHBAHKAN 1 GELAS AIR UTK MEREBUS AYAM KEMUDIAN MASUKKAN BALANCE SUSU
3.  ANGKAT AYAM DAN MASUKKAN  CHEESE
4.  SAYUR2 DREBUS DTEMPAT YG LAIN SEKEJAP SAHAJA SUPAYA SAYUR2 TIDAK MENJADI TERLALU MASAK
5. LETAKKAN AYAM KEDLM BEKAS YG LAIN KEMUDIAN TABURKAN SAYUR2 N AKHIR SEKALI TUANGKAN KUAH KEATAS AYAM TERSEBUT.JIKA SUKA MASUKKAN KEPINGAN CHEESE N MASUKKAN KDLM OVEN SELAMA 10 MINIT

#AKHIR KATA SELAMAT MENCUBA KALAU SEDAPPPPPPPPPPPPP ......igatkan k.rose tp kalau tak sedap k.rose pohon kemaafan.#


Thursday, September 8, 2011

AYAM MASAK KUZI.....ALA ARAB

 Salam sejahtera n selamat bersua kembali dpetang khamis .Alhamdulillah syukur dengan apa yg ada...ketenangan yg dberi oleh mu ya allah selain daripada sujud kepada mu berkarya juga dpt memberi ketenangan pada k.rose. berkongsi  sesuatu yg dapat menambah ilmu merupakan satu amal jariah yg dpt memberikan BONUS utk kita dkemudian hari so.....jgnlah merasa tamak dgn ilmu yg kita ada.Kali ini k.rose nak berkongsi satu resipi yg agak istemewa. Kak rose perolehi dari seorang kak ipar yg sememangnya dbesarkan dMEKAH so masakan ini merupakan makanan org arab.Time bulan puasa yg lepas k.rose teringin sangat nak makan AYAM KUZI so k.rose dpt jua akhirnya n time hari raya k.rose buatkan untuk sajian pagi raya.Semua yg makan AYAM KUZI dah tak boleh bercakap yg terkeluar dari mulut mereka ialah SEDAPPPPPPPP...... n bila nak buatkan lagi>>>>>>>>>>>

BAHAN-BAHANNYA:  A
1 EKOR AYAM
I/2 PAKET DAGING CINCANG
2 BIJI KENTANG(DHIRIS DADU)
1 BATANG CARROT(DIHIRIS DADU)
3 BIJI TELOR AYAM (DMASAK)
SEDIKIT KISMIS
SEDIKIT KACANG PUTIH/GAJUS(DPANGGANG/DGORENG)



CARA-CARA MEMBUAT:
1.  3 biji bawang putih n bawang merah dblend kemudian dtumis dgn sedikit minyak kemudian masukkan  
     daging blend dan sedikit serbuk lada
2.  Masukkan kentang dan carrot biarkan sampai masak dan akhir sekali masukkan garam n secukup rasa
3.  CUCI TERLEBIH DAHULU AYAM DGN TEPUNG GANDUM kemudian barulah diperapkan dgn
     serbuk kunyit,garam dan halia lebih kurang 10 minit sebelum dgoreng dgn minyak yg banyak Sebelum    
     mengoreng ayam  masukkan inti daging dan telor yg sudah dmasak tadi ke dalam perut ayam n bahagian
     yg bawah tempat utk mengisi semua bahan2 inti tersebut hendaklah djahit dgn benang terlebih dahulu    
     sebelum mengorengkan  ayam.Api hendaklah sederhana n setiap setengah jam ayam hendaklah dbalitkan   
     masa menggoreng mengambil masa lebih kurang 1jam

BAHAN-BAHAN UTK MEMBUAT KUAH:

3 BIJI BAWANG BAKONG*
1 TIN TOMATO PURE
3 BIJI BAWANG PUTIH*
SEDIKIT HALIA*
1/2 PAKET SOS CILI
SEDIKIT  SERBUK LADA
SEDIKIT GULA
SECUKUP RASA
SEDIKIT SOS TIRAM

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  Tumiskan bahan2* yg sudah dblend kemudian masukkan tomato pure kemudian masukkan sos cili,serbuk
     lada,gula sos tiram n secukup rasa dan akhir sekali masukkan 1 cawan air dan biarkan sampai mendidih
     dan akhir sekali masukkan ayam yg sudah dgoreng tadi.Biarkan ayam dalam kuah tersebut lebih kurang 5
     minit supaya ayam menjadi sebati dgn kuah.Kemudian baru dtutupkan api

#CADANGAN MENU INI BOLEH DMAKAN DGN ROTI FRENCH LOAF SEBAGAI GANTIAN NASI#

Tuesday, September 6, 2011

SAMBAL GORENG AYAM.....cikwa

Salam kecerian dpetang HARI RAYA K8 n alhamdulillah sampai kesini  n dpt bersua kembali dlm blog k.rose kali ini masa berlalu terlalu pantas kadang2 memang tak terasa pejam celik saat berganti saat jam berlalu ....hari berganti hari bulan terus berlalu .Dah  masuk  bulan Sept.Hari Raya Aidil Fitri pun dah masuk hari k8 masa sebelum nak raya bukan main lagi......persiapan sentiasa tak mencukupi n bila dah RAYA tak serupa mana.Kalau bicara tentang masa memang singkat n selalu org bilang masa itu emas n selalu tidak ada masa tp kalau tuhan dah bagi 24jam gunakanlah seelok2nya......selalu jua kawan2 k.rose bertanya sesibuk mana pun k.rose masih ada masa utk berkarya dlm blog DAPUR MAMA....erm.....kalau dah minat n dmana ada kemahuan dsitu ada jalan.Janji kepuasan bagi k.rose coz dpt berkongsi sesuatu yg berfaedah


BAHAN-BAHANNYA:
500GM ayam
1 paket tauhu kering
8 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
sebesar ibu jari halia*
sedikit lengkuas*
3 sudu serbuk kari daging
200gm kacang tanah yg sudah dkupas kulit(drebus dtempat lain)
Asam jawa secukup rasa
Sedikit gula
Garam n secukup rasa
3 biji buah tomato
sedikit rempah tumis
Pati santan(anggaran)
(*BLENDKAN KESEMUA BAHAN2 *)

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Cuci ayam kemudian toskan.Blendkan kesemua bahan2 * kemudian tumiskan bahan2 * masukan
    rempah tumis sampai naik bau
2. Masukkan serbuk kari  dan masukkan ayam kacau sampai sebati  n masukkan pati santan dan
    kacang tanah,air asam jawa
3. Masukkan juga tauhu kering yg sudah drendam n dpotong
4. Akhir sekali buah tomato ,gula garam n secukup rasa
5. Kalau suka boleh dmasukkan juga sedikit TOMATO PURE bertujuan untuk melazatkan n menambah seri
    pada masakan










Monday, August 22, 2011

AYAM MASAK MASALAH........ M.JAH

BAHAN-BAHANNYA:
2 BIJI BAWANG BESAR(DGORENGSAMPAI KUNING)
3/4 BOTOL TOMATO SOS
SUSU CAIR/YOGURT
1 EKOR AYAM YG SUDAH DPOTONG KECIL
HALIA SECUKUPNYA(2 INCI)
10 ULAS BAWANG MERAH
5 ULAS BAWANG PUTIH
SEDIKIT REMPAH TUMIS

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  AYAM DIPOTONG SESUKA HATI DAN DIBERSIHKAN.HALIA DIKISARKAN HALUS DAN
     DIGAULKAN DGN AYAM YANG SUDAH DIPOTONG TADI.GAULKAN  RATA2.TAMBAH
     KAN SEDIKIT TEPUNG KUNYIT SEDIKIT.BIARKAN SELAMA 10 MINUT LEPAS ITU
     BARULAH DIGORENGKAN SATU PERSATU SAMPAI HABIS

CARA-CARA MEMBUAT KUAHNYA:
1.  TUMISKAN BAWNG MERAH,BAWANG PUTIH,REMPAH TUMIS CILI YG SUDAH DIKISAR
     HALUS TADI SAMPAI KUNING,SETELAH ITU BARULAH TUANGKAN TOMATO DAN
     BAWANG BESAR YANG SUDAH DIGORENG DAN DIKISAR TADI SERTA TUANGKAN
     SUSU/YOUGART SEDIKIT BIARKAN SAMPAI MENDIDIH DAN TAMBAH SEDIKIT AIR
     DAN BIARKAN SAMPAI PEKAT.SELEPAS ITU BARULAH DIMASUKKAN AYAM YG
     DIGORENG TADI BIAR SAMPAI MENDIDIH DAN DIHIDANGKAN BERSAMA BUAH
     TOMATO SEBAGAI HIASAN.


RICH FRUIT CAKE

Salam sejahtera dpagi selasa n hari ke23 Ramadan so macam mana  segala persiapan utuk menyambut AIDIL FITRI  kanak-kanaklah yg paling seronok dgn pakaian baru n kasut baru.Teringat k.rose zaman kanak2 dulu pagi2 dah bangun  dgn kasut n baju baru.Sebelum raya pun dah hari2 dcuba sengaja untuk NGEGEH(menunjuk)>Selain itu time bulan puasa yg paling k.rose suka ialah ramai org yg berjual suntong bakar dulu harga cuma 20ct ....selepas sembahyang terawih terus je membeli suntong bakar.Yang uniknya suntong bakar yg djual tepi2 jln cuma ada time bulan puasa .......Erm.....time beginilah kita selalu teringat org yg kita sayangi alfatihah untuk kedua arwah ibubapa k.rose n ayah mentua yg dkasihi.
Kali ni k.rose nak share satu resipi yg pertama kali k.rose buat erm memang SEDAPPPP kalu tak sedap takkanlah my hubby berbuka puasa dgn kek ni.Terima kasih pada sister in law kerana sudi share resipi yg dberi nama RICH FRUIT CAKE
buatlah untuk org yg tersayang.......penuh kasih sayang for u my lovely hubby n love u forever

BAHAN-BAHANNYA;
375GM BUTTER
350GM GULA KASAR
9 BIJI TELOR
500GM TEPONG GANDUM
2 KG MIX FRUITS
2 SUDU TEH SERBUK CINAMON
                                                                                                                 

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  MENTEGA DPUKUL DGN GULA SAMPAI MEMUTIH JGN SAMPAI KEMBANG
2.  KEMUDIAN MASUKKAN TELOR SATU PERSATU DGN KELAJUAN SEDERHANA
3.  KESEMUA MIXED FRUIT HENDAKLAH DGAUL DGN TEPONG DAN CINAMON SEBELUM
     DMASUKKAN KEDALAM ADUNAN TADI.KACAULAH DGN MENGUNAKAN TANGAN
     UNTUK MENDAPAT HASIL YG BAIK.
4.BAKAR DGN API BAWAH DGN 120C SELAMA 2 JAM

*KALAU NAK RASA LEBIH SEDAP LAGI BUATLAH LEBIH AWAL SUPAYA IANYA MENJADI LEBIH MOIST/LECAH*
                                                                                 

Sunday, August 21, 2011

ROASTED CHICKEN WITH CHEESE

Salam sejahtera bersua lagi n lagi,,,, selagi nafas masih berhembus n nadi masih berdenyut selagi itulah k.rose akan terus berkarya dalam blog D.MAMA n selagi masih ada pengunjung...... kali ini akan k.rose  paparkan satu resipi yg kali pertama k.rose buat n sebenarnya nak testkan oven baru yg dbeli oleh hubby tersayang.Hubby k.rose macam tau je apa yg k.rose suka n mahu walaupun oven tersebut taklah begitu mahal tp k.rose seronok dpt membuat ROASTED CHICKEN mcm ayam KENNY ROGER kata anak2 k.rose so insallah dlm paparan akan dtg k.rose nak share satu lagi resipi AYAM MASAK KUZI tp sebelum tu biarlah k.rose cuba dahulu n kalau sedap k.rose akan share pada anda semua.Salah satu prinsip k.rose ialah kepuasan dlm satu2 masakan n klau rasa dah cukup puas dgn kelazatan masakan tersebut barulah k.rose akan paparkan dlm blog D.MAMA


BAHAN-BAHANNYA:
1 EKOR AYAM(DCUCI DGN TEPUNG GANDUM)
10 BIJI BAWANG MERAH*
6 BIJI BAWANG PUTIH*
4 BATANG SERAI*
2 INCI HALIA*
2 SUDU SERBUK JINTAN MANIS *
2 SUDU SERBUK JINTAN PUTIH*
2 SUDU KETUMBAR*
SEDIKIT MADU(UTK DSAPU KEATAS AYAM)
SEDIKIT  SOS LADA HITAM
SEDIKT SERBUK LADA HITAM
GARAM N SECUKUP RASA
(KESEMUA BAHAN2* HENDAKLAH DBLEND)

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.   Cucikan ayam dgn tepung gandum kemudian dcuci dgn air dan toskan
2.   Blendkan kesemua bahan2 * campurkan dgn serbuk lada hitam n sos lada hitam
3.   Perapkan ayam dgn bahan2 ini lebih kurang 2 jam barulah dbakar
4.   Setelah dbaka dgn suhu 180c dlm masa 45 minut selepas itu sapukan ayam tersebut dgn bahan2 lebih
      marinate.
5.   Grillkan lebih kurang 1 jam 30 minut bergantung pd besar ayam tersebut
6.   Lebihan  marinate boleh dbuatkan sebagai kuah keatas ayam ini
7.   Tumiskan bahan2 marinate tadi dgn sedikit minyak  n kalau suka masukkan 4 biji buah tomato
8.   Apabila buah tomato tersebut dah menjadi lembut masukkan sos blackpaper
9.   Masukkan kentang yg sudah dgoreng dan aklhir sekali masukkan garam,gula n secukup rasa
10. Keluarkan ayam dari oven dan parut kan cheese mozarella keatas ayam tersebut kemudian bakar sekejap
11. Akhir sekali tuangkan kuah keatas ayam tersebut
  

Thursday, August 18, 2011

BEEF STEAK WA......wa

TAK SEINDAH NAMA TP SEDAPPPPP.......


Salam ramadan n selamat pagi untuk semua pengunjung D.MAMA  erm pejam celik dah tak terasa dah masuk hari yg 19 ramadan. Sudah pasti surirumah n kaum ibu tgh sibuk membuat persiapan menyambut AIDIL FITRI. Pgi ini k.rose nak  share satu resipi yg k.rose buat time berbuka semalam.SEDAPPPP.....memamg sedap ibu... itulah kata -kata yg terkeluar dari mulut anak2 k.rose.Walaupun pc nampak tak seberapa namum rasanya memang SEDAPPPPP  maklumlah time pc ni dambik time dah nak berbuka puasa .But anyway coba dulu n baru tahu hasilnya.
BAHAN-BAHANNYA:
1 kg daging(seeloknya gunakan daging yg bhgian paha)
2 inci halia*
10 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
6 biji buah tomato
5 sudu besar sos blackpapper
Sedikit lada hitam*
2 sudu makan gula
Garam n gula secukup rasa
(*blend kesemua bahan2 ini)

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  Potongkan daging sederhana nipis kemudian kelar2kan/dtumbuk dgn pemukul supaya daging tersebut
     tidak menjadi keras apabila masak nanti.
2.  Tumiskan kesemua bahan2* sampai naik bau kemudian masukkan daging dan biarkan daging berebus
     lebih kurang 1 jam tambahkan air kalau agak kering
3. Masukkan buat tomato dan biarkan berebus lagi
4. Akhir sekali msukkan sos lada hitam,gula ,garam dan secukup rasa
5. Biarkan daging ini masak sampai pekat kuahnya

#CADANGAN:  BEEF STEAK INI SESUAI DMAKAN DGN ROTI FRANCE LOAF/DIMAKAN SEBAGAI MENU HIDANGAN UTUK BERBUKA PUASA #
K.ROSE SELALU MEMBERITAHU ANAK2 K.ROSE MEMASAK MASA BULAN PUASA INI
MAKANAN AKAN RASA DUA KEMUNGKINAN MAKANAN AKAN RASA TAWAR ATAU TERLALU MASIN HE...HE...HE... TP SO FAR APA YG K.ROSE MASAKAN O.K JE BAGI ANAK2






Monday, August 15, 2011

COOKIES CHOC.CHIP MAMA


 SALAM CERIA SELALU UNTUK SEMUA PENGUNJUNG BLOK D.MAMA SELAMAT BERPUASA N SELAMAT HARI RAYA .DAH KE BUAT PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT AIDIL FITRI.....SEBAIK2NYA BUATLAH ALA KADAR SO TIME MACAM NI MULALAH KAUM SURI MULA  MENEROKAI BLOG2 RESIPI KEK N BISKUT TP ITU PUN UNTUK YG BERMINAT NAK MEMBUAT SENDIRI....TP KALI NI APA YG MENGELIRUKAN SURI RUMAH YALAH ISU BUTTER GOLDEN CHURN TP MEMANG DAH DISAHKAN PRODUCT TERSEBUT TAK HALAL SO BUATLAH SENDIRI DIMANA TIDAK ADA KERAGUAN N KESAHIHAN SELAIN KITA MENDAPAT KEPUASAN HASIL BUATAN SENDIRI TP BAGI YG BEKERJA MEMANG TAK ADA PILIHAN KENA BLI KEK ATAU BISKUT YG DJUAL DPASARAN
KALI INI K.ROSE RASA PERTAMA KALI K.ROSE UPDATE RESIPI BISKUT DLM BLOG D.MAMA SEMPENA NAK MENYAMBUT AIDIL FITRI
SETIAP KALI HARI RAYA K.ROSE N ANAK2 DAH MENJADI KEMESTIAN MEMBUAT RESIPI INI
TERIMA  KASIH  KEPADA SUNFRUIT ROSLIANA YG SUDI MEMBERIKAN RESIPI COOKIES CHOC.CHIP MAMA
SIMPLE N SEDAPPPPPPPP PASTIKAN ANDA MENCUBA SO BARU TAHU HASILNYA

BAHAN-BAHAN A:

250GM  MENTEGA
160GM  GULA  HALUS
1 BIJI  KUNING   TELUR
1  SUDU TEH  ESSEN  VANILLA

BAHAN-BAHAN B:

230GM  TEPUNG   GANDUM
20GM  COCO  POWDER
100GM  CHOCOLATE  CHIPS
50GM  NESTUM

CARA-CARA  MEMBUATNYA:

1.  TEPUNG  +  COCO POWDER DIAYAKKAN
2.  MENTEGA  +  GULA  KUNING  TELOR  +  ESSEN  VANILLA
3.  CAMPURKAN  NESTUM+CHOCLATE  CHIPS
4.  CANTUMKAN BAHAGIAN 1+2+3  SEKALI  DAN  AKHIR  SEKALI BULAT2KAN DAN  TEKANKAN  MENGGUNAKAN  GERPU
5.  BAKARLAH MENGGUNAKAN API YG SEDERHANA 180C  SELAMA 30 MINUT(LEBIH KURANG)

Thursday, August 11, 2011

DAGING GORENG BEREMPAH


DAGING GORENG  BEREMPAH


Assalammualaikum sukur alhamdulillah kita masih sampai disini.Hari ini dah masuk hari ke12 kita berpuasa.Dua hari lps k.rose sekeluarga baru je balik dari melawat anak sulung n cucuanda tersayang.Dah alang2 berada d K.L k.rose n family shopping utk hari raya.Rombongan c.kiah begitu seronok sekali. Dua hari sebelum tu k.rose coba rekakan satu resipi DAGING GORENG BEREMPAH almaklumlah bulan puasa mcam ni dah perbagai2 dah resipi dah dbuat demi anak2 yg baru belajar puasa.....keutaman utk mereka ddahulukan. N kebiasaan d bulan puasa cam ni k.rose jaranglah nak berbeli juadah dbazar . Satunya pembajiran disebabkan kerabunan mata n kualiti juga kenak diambil berat so sedap tak sedap buat sendiri tp kepuasan yg kita dpt.....



BAHAN-BAHANNYA:
500gm daging (dhiris sederhana kemudian dtumbukkan/dkelar2 dgn pisau)
2 sudu teh serbuk jintan manis*
2 sudu teh serbuk jintan putih*
sedikit ketumbar biji*
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 batang serai*
sedikit halia*
2 biji telor
2 sudu tepung jagung
(*blendkan kesemua bahan2 ini)

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Cucikan daging kemudian toskan
2. Masukkan kesemua bahan2* yg sudah dblend n masukkan garam n secukup rasa
3. Ditempat yg lain pukulkan telor n masukkan tepung jagung dan masukkan kedlm mangkuk daging
4. Biarkan berperap lebih kurang setengah jam sebelum dgoreng

(RESIPI NI JUA SESUAI UTK IBU DLM PANTANG)
SELAMAT MENCUBA WALAUPUN RUPA TAK CANTIK TP RASA TTAP SEDAPPPPP
PASTI NAK LAGIKKKKKKKKK

Wednesday, August 3, 2011

TEMPOYAK GORENG.......memang sedappppppppppppp


Cereta lagi sampai akhir hayat n sampai nafas berhenti baru tamat cerita ini...... salam sejahtera dpagi khamis
n selamat berpuasa....pagi ni k.rose baru je selesai membuat kek lapis sarawak n akan dpasarkan oleh anak sulong k.rose ke k.l tp kali ni k.rose nak share satu resipi yg k.rose buat 2 hari lps. Resipi ni memang senang je nak buat tp memanglah senang utk org yg pakar memasak tp k.rose saja nak simpankan resipi ini dlm blog d.mama sekadar utk simpanan utk anak2 k.rose mungkin satu ketika nanti dpt membantu or sebagai  bahan rujukkan pada mereka  erm......time tu k.rose mungkin dah pejam or dah tak igat lagi resipi2 masakan  kegemaran mereka.So dgn adanya zaman IT ni  senang je.....

BAHAN-BAHANNYA:
2 SENDOK TEMPOYAK (YG SUDAH AGAK MASAM)
2 BIJI CILI HIDUP*
2 BIJI BAWANG MERAH*
1 BIJI BAWANG PUTIH*
SEDIKIT MINYAK
250GM IKAN BILIS(DGORENGKAN)/UDANG HIDUP DBUANG KULIT
SEDIKIT GULA

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  TUMIS KESEMUA BAHAN* KEMUDIAN MASUKKAN UDANG(klau menggunakan udang)
     N MASUKKAN TEMPOYAK N KACAU KEMUDIAN .MASUKKAN IKAN BILIS  N
     TAMBAH SECUKUP RASA.kalau minyak agak kering boleh dtambahkan coz time mengoreng
     tempoyak memang memerlukan minyak yg lebih kerana dgn minyak boleh menjadikan tempoyak goreng
     menjadi tahan lama dsimpan n pastikan tempoyak goreng masak secukupnya



Tuesday, August 2, 2011

DAPUR MAMA

DAPUR MAMA

PEMBUKA SELERA DBULAN RAMADAN.....kerabu mangga ala wa2

Salam sejahtera n selamat berpuasa pada rakan 2semua alhamdulillah dah masuk hari kedua berpuasa semuga allah memberi kesihatan yg baik agar kita dpt mengumpul seberapa byk pahala n mengurangkan seberapa banyak dosa dbulan yg mulia ini.......kesempatan ini juga k.rose pohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat silap dan salah sepanjang kita menjadi sahabat dalam  alam maya ini
kali ini k.rose nak share satu resipi KERABU MANGGA ALA WA2 yg dpelajari dari seorg k.ipar yg pakar memasak n dkalangan anak2 saudaranya beliau memang dsukai kerana suka melayan kerenah anak-anak saudaranya



selain daripada berkongsi resipi k.rose jua suka nak sharekan sesuatu yg k.rose minat seperti lagu datas ini.Sambil berceloteh sambil mendengar lagu dpt memberi idea lebih byk lagi.Tp kalau dah byk sangat takut juga pula pembaca menjadi BOSAN

BAHAN-BAHANNYA:
1 BIJI SEDERHANA BUAH MANGGA
1 BATANG BUNGA KIANTAN
SEDIKIT BUNGA KUNYIT
SEDIKIT UDANG KERING(DTUMBUK HALUS)
SEDIKIT BELACAN*
5 BIJI CILI THAI*
1/2 BIJI JUS BUAH LEMON
3 ULAS BAWANG MERAH(DHIRIS NIPIS)
200GM KELAPA PARUT (DBUAT MCM KERISIK TP JGN MASAK SGT)
200GM KACANG TANAH(DTUMBUK SEDANG2)
SEDIKIT GARAM N PERASA

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. BAHAN * DITUMBUK SEKALI KEMUDIAN DGAUL DGN BUAH ASAM YG SUDAH
    DCINCANG KEMUDIAN CAMPURKAN KESEMUA BAHAN2 YG SUDAH DHIRIS HALUS
2. AKHIR SEKALI MASUKKAN JUS LEMON N MASUKKAN SECUKUP RASA

#SELAMAT MENCUBA N SELAMAT BERPUASA#















Wednesday, July 27, 2011

BUBUR DURIAN sajian dbulan Ramadan

Salam sejahtera semuga anda ceria2 selalu ......macam kebiasaan selalu time begini k.rose agak relax selepas memasak n mengemas rumah biasalah tugasan sebagai surirumah kerjaan yg tak bisa habis2.....memenatkan tp menyeronokkan sbb dpt melihat anak2 membesar didepan mata sendiri n suatu ketika nanti anak2 akan menghargai pengorbanan  ibunya ini......kali ni k.rose nak share satu resipi yg simple.Walaupun simple kena ada  musim durian baru dpt nak buat resipi ni. so kiranya time ni memang musim durian kat sarawak harga pun jauh berbeza kalau dbanding kat semenanjung

BAHAN-BAHANNYA:
500GM KACANG HIJAU(DREBUS SAMPAI LEMBUT)
10 ULAS BUAH DURIAN
1KG SANTAN PARUT
200GM SAGO(DCUCI N RENDAM SEKEJAB N DREBUS DTEMPAT LAIN)
2 HELAI DAUN PANDAN
1 TIN JAGUNG
GULA (IKUT SUKA)


CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. REBUSKAN KACANG HIJAU SAMPAI  EMPUK/LEMBUT
2. RENDAM SEKEJAB SAGO KEMUDIAN DREBUS DTEMPAT PERIUK YG LAIN SAMPAI
    TIDAK NAMPAK BERBIJI KEMUDIAN DCUCI DGN AIR  SUPAYA SAGO TIDAK MENJADI
    BERKETUL2 DAN TAPISKAN
3. AKHIR SEKALI MASUKKAN PATI SANTAN,GULA,SAGO,JAGUNG BIARKAN MASAK
    SAMPAI MENDIDIH.TP JGN SAMPAI PECAH SANTAN

KESEMPATAN INI K.ROSE INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA  PADA SEMUA
YG BERAGAMA ISLAM SEMUGA KEBERKATAN DBULAN RAMADAN LEBIH MEMBAWA SERIBU RAHMAT PADA KITA SEMUA.......SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADAN ALMUBARAK


Wednesday, July 13, 2011

ROTI BERSALUT TELOR

Beberapa hari yang lepas......sementara menunggu anak k.rose yg no2 balik dari keja so.... pluang sebegini jgn dlepaskan berdua2 dgn hubby...... sekali sekala erm..... seronok jua.Duduk minum berdua sambil berborak2..... selalunya dkelilingi anak2.My hubby nak try satu menu yg nampaknya sedap n simple je.....kedai ni kongsepnya simple .....n menunya semua menu dari hong kong.Tak pernah gi Hong Kong pun tak ape cukuplah sekadar dpt merasa menu mereka.SEDAPPPPPPP Balik rumah k.rose pun cubalah  buat utuk sarapan pagi .Laris jualan k.rose pada hari itu

BAHAN-BAHANNYA:
10 keping roti
2 biji telor ayam
Peanut butter
5 keping Cheese slice
Sedikit butter
Sedikit Madu
Sedikit minyak

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Sapukan sedikit butter n peanut butter pada kepingan roti n letakkan slice cheese
2.Kemudian potongkan roti tersebut meengikut bentuk yg disuka
3.Pukul telor kemudian celupkan roti kedalam telor tersebut
4.Panaskan kuali n masukkan minyak  gunakan api yang sederhana
5.Apabila sudah garing atau kekuning toskan
6.Semasa sajian sapukan sedikit mentega n pancitkan sedikit madu keatas roti tersebut
*SEDAP DMAKAN APABILA ROTI BERSALUT TELOR MASIH PANAS LAGI*

Thursday, July 7, 2011

ASAM TUMIS ABAH

Salam sejahtera cuaca kat luar memamg panas ......erm lps makan tenghari mataku semakin layu dbuai hembusan angin namun ku gagahi jua tangan n minda ku untuk terus melakari secubis coretan satu resipi untuk kongsi bersama......resipi kali ni memang sedappppppp hingga tak terkata....klau tak percaya cobalah ASAM TUMIS ABAH dberi nama oleh seseorg anak menantu pd bapa mentua tersayang alfatihah utuk arwah.....sememangnya adik ipar k.rose ni seorg yg rajin n pandai bermasak n beruntunglah anak2 beliau .Cakap je nak makan apa????????
BAHAN-BAHANNYA:
1 EKOR IKAN TERUBOK/SIAKAP/IKAN PARIK(IKUT SUKA)
10 BIJI BAWANG MERAH(BWG BOMBAY LEBIH SEDAP)
CILI KERING(IKUT SUKA)*
2 BATANG SERAI(DTUMBUK SEDIKIT) SEDIKIT BELACAN*
DAUN KALSUM 1 BIJI BUAH NENAS(DPOTONG FREE STYLE)
3 BIJI BUAH TOMATO(DPOTONG 2)
BUNGA KIANTAN SEDIKIT ASAM JAWA
1 LITER AIR

 CARA-CARA MEMBUATNYA:
 1.BLENDKAN BAHAN2* KEMUDIAN DTUMIS DGN SEDIKIT MINYAK
 2.KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG MERAH YG SUDAH DHIRIS BIARKAN SAMPAI
    NAIK BAU KEMUDIAN MASUKKAN AIR ASAM JAWA
 3.MASUKKAN SERAI,NENAS,BUAH TOMATO,DAUN KALSUM N BUNGA KIANTAN          
 4.AKHIR SEKALI MASUKKAN IKAN
 5.GARAM N SECUKUP RASA JAWA

(Resipi biasa je dgn masakan asam tumis yg lain cuma bezanya dari segi cara n teknik membuatnya yg penting
SECUKUP RASA N KASIH SAYANG)

Sunday, July 3, 2011

SUP CENDAWAN DAGING

Salam kecerian  semuga anda ceria selalu>>>>>>>>>kehidupan tanpa keceriaan umpama masakan tanpa perasa......so semalam k.rose buat satu resipi yg simple coz dah tak ada idea nak masak apa untuk sajian.Hari-hari kenak fikir menu apa tp k.rose buatkan jua kan dah jd tugasan harian.Kekadang buntu juga nak masak apa nasih baiklah adanya dunia IT so boleh lah ronda2 kat blog2 resipi.Tp resipi SUP CENDAWAN DAGING ni k.rose perolehi dari ibu mentua.Macam nilah rasa org2 tua kita dulu.....hari2 kenak fikir masak apa so......timbullah idea mereka utuk mereka resipi.Dunia dulu bukannya ada blog resipi macam sekarang so anyway tq so much 2 all my friend yg ada blog masakkan yg sudi berkongsi bersama SHARING IS CARING.............................

BAHAN-BAHANNYA:
200GM daging dhiris sederhana
6 biji bawang putih*dtumbuk
Sedikit lada hitam*dtumbuk
Sedikit belacan*dtumbuk
1/2 paket tauhu kering
2 vermicelli
3 biji kentang
sedikit mushroom hitam(drendamkan)
sedikit mushroom putih(drendamkan)
sedikit garam n perasa


CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  Tumiskan kesemua bahan2* dgn sedikit minyak kemudian masukkan daging n masukkan air utuk rebusan
     daging sampai daging menjadi lembut
2.  Masukkan kentang dan rebus kentang sampai  agak lembut
3.  Akhir sekali masukkan kulat2 n vermicelli
4.  Pastikan garam n perasa tidak ketinggalan

SELAMAT MENCUBA N KALAU SEDAP KATA SEDAPPPPPPPPPP..............
KALAU TIDAK ERM...............

Monday, June 27, 2011

KASIH SEORG NANNY

WAJAH ARMAN DHARI LAHIRNYA 
Detik berdetik masa berputar hari berganti hari tanggal 23/06/2011   Mohd Arman genap 1 bulan .Erm......detik perpisahan kian terasa ARMAN akan pegi mengikut ayah dan bondanya menetap d kl maka tinggal kami dalam kesunyian...... masa berlalu begitu pantas......tp ARMAN tetap dhati kami semua>>>>>>>>>semakin ARMAN membesar kulitnya semakin gelap.....hitam2 si tompok manggis makin hitam dpandang manis.NANNY doakan semuga ARMAN menjadi anak yg solehah....n jd  budak yg baik2 .Pasti ARMAN akan rindu dgn dodai n tangan NANNY nya yg empuk  n untuk bondanya kena hafalkan lyric dodoi bonda mu ini .SALATULLAH SALAMUALLAH ALA NABI RASULLAH......
NANNY SAYA SUDAH BESAR 1 MONTH
ARMAN N AUNTY ABY N MAKSU




ARMAN MENGANTOK DSIANG HARI 
 





NANNY I LV U
BERAT SAYA DAH BERTAMBAH 4.65KG MINUMLAH SUSU IBU

NANNY N ME
*Untuk anakandaku eiva hampir selesai sudah tugas ibu sebagai bidan terjun selama anda dlm pantang .Segala petua n basic yg dajar oleh nnek Hajjah Rajanah dah bonda turunkan pada anda...... so jadikanlah ya sebagai pedoman untuk masa2 akan datang.......mungkin time tu nanti ibu dah tak larat.Akhir sekali bonda ingin pohonkan kemaafan seandai ada silap n salah yang menguris hati  sepanjang eiva dlm pantang.Anyway bonda happy coz berkesempatan menjadi BIDAN TERJUN untuk anakanda EIVA N ARMAN*
Ingat pesanan nenekanda:KECANTIKKAN LAHIR DARI DALAMAN

Monday, June 13, 2011

MEE HOON BELACAN


Salam ceria n apa kabar dpetang Isnin ari pertama bermulanya hari persekolahan n dah masuk ari ke 22 dlm pantang bagi anak sulung k.rose cuaca kat luar mendung je n kejab panas........tugasan sebagai seorg suri memang tak bisa habis kecuali time tido je keja terhenti wat seketika......bila bangun sambung semula itulah kehidupan.....pejam celik dah pertengahan 2011 so kadang2 k.rose terfikir jua apa pula ceta n sejarah yg akan terlakar utuk tahun2012 alhmadulillah tahun2011 k.rose menerima bakal menantu kedua n seorg cucu pertama.
Biar jelah masa beredar n kita serah pada yg esa yg maha mengetahui.....so kali ni k.rose nak coretkan satu resipi yg agak  istemewa n sedap sememangnya resipi ni termasyur dkalangan org2 cina coz masyarakat kita berbilang bangsa ..... so masakan pun berbagai jenis.Resipi yg k.rose maksudkan ialah MEE HOON BELACAN.......resipi ni memang sesuai utk golongan yg suka nak berdiet n suka yg simple2 je....tp tak semua org yg suka.......coz resipi ini menggunakan belacan tp sesuai sgt utk yg suka makan belacan....tp kena 
gunakan belacan yg bagus n berkualiti barulah hasilnya sedapppppppppppppp

BAHAN-BAHANNYA: (Kuah MEE HOON BELACAN)
8 ULAS BAWANG PUTIH*
6 ULAS BAWANG MERAH*
CILI KERING(IKUT SUKA)*
150GM BELACAN(Dibakar sekejab)*
100 GM UDANG KERING*
GULA APONG/GULA MELAKA/GULA
SEDIKIT ASAM JAWA*
2/3 SUDU CUKA (BOLEH DGANTIKAN DGN AIR ASAM JAWA)
TEPUNG JAGUNG (UTK KEPEKATAN)
*Kesemua bahan2 ini hendaklah dblend)

1. Panaskan periuk kemudian masukkan cuka n masukkan bahan2 yg sudah dblend tadi kemudian masuk
    kan lebih kurang 2 liter air biarkan mendidih sampai agak masak
2. Masukkan gula n perasa secukup rasa
3.Akhir sekali masukkan tepung jagung utk kepekatan tp jgn lupa kecilkan api sambil dkacau
TIP:RASANYA HENDAKLAH SECUKUP RASA PEDAS,MANIS N MASIN mesti ada
n kalau kuah ini dbiarkan semalaman lagi sedap


BAHAN-BAHAN UTK HIASAN
1 paket mee hoon
2 biji buah timun(dihiris halus)
2 ekor sontong kembang
Telor ayam/telor padi(drebus)
2 biji bawang besar(dhiris halus)
limau kasturi
sedikit kacang tanah(dpanggang n dblend)

BAHAN-BAHAN UTK SAMBAL CILI
CILI KERING N BELACAN HENDAKLAH DBLEND KEMUDIAN DTUMIS DGN SEDIKIT MINYAK

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, June 7, 2011

MEE HONG KONG





Selamat petang n selamat sejahtera.....time ni tengah relax erm ..... best juga apa bila kesempatan meluruskan jari jemari n menenangkan minda cucuanda pula tengah tido anak2 k.rose yg lain pergi mengaji  so suasana pun agak tenteram so bolehlah k.rose memulakan coretan utuk hari ini. N kalau ada anak2 dirumah memang tak berpeluag utuk memegang laptop kenak tunggu giliran tambahan pula ni time cuti sekolah.Biasalah org tua kena mengalah beri laluan utuk anak2. so kali k.rose nak share satu resipi MEE HONG KONG tu pun  k.rose peroleh dari ibu mentua tersayang. Dah jadi kebiasaan anak2 kalau nak makan MEE HONG KONG mesti nak hasil air tangan ibu.Kalau makan dtempat lain memang tak sedap itulah yg selalu anak2 cakap........
Sebelum anak sulung k.rose bersalin sempat jua dia merasa MEE HONG KONG yg dbuat oleh ibunya


BAHAN-BAHANNYA: 1
10 BIJI BAWANG MERAH*
6 BIJI BAWANG PUTIH*
SEDIKIT HALIA*
CILI KERING(IKUT SUKA)*
1 TIN TOMATO PURE
4 KEPING ASAM KEPING
1/2 PAKET TOMOTO SOS
1/2 PAKET SOS CILI
TEPUNG JAGUNG (IKUT KEPEKATAN)
GULA (IKUT RASA TIDAK TERLALU MANIS)
(* KESEMUA BAHAN2 HENDAKLAH DBLEND)

1.  TUMISKAN KESEMUA BAHAN2 YG SUDAH DBLEND SAMPAI MENGUNING KEMUDIAN
     BARU DMASUKKAN TOMATO PURE DAN MASUKKAN 2 LITER AIR,ASAM KEPING DAN
     BIARKAN  SAMPAI MENDIDIH.
2.  MASUKKAN GULA,GARAM DAN PERASA .AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG
     JAGUNG YG DBANCUH DGN SEDIKIT AIR  SAMBIL DKACAU DAN PERLAHANKAN API
    (BAB KUAH DAH PUN SELESAI)


BAHAN-BAHAN :2
500GM ISI AYAM*
500GM SONTONG*
500GM UDANG*
FISH CAKE
SAYUR SAWI
SAYUR LONG CABAGE
BUAH TOMATO
BAWANG GORENG
DAUN SUP
DAUN BAWANG

MEE KUNIG/MEE KIA TIAW/MEE HOON/MEE KOLOK
*KALAU MENGGUNAKAN MEE KOLOK HENDAKLAH DGORENG

1.  KESEMUA BAHAN2 * HENDAKLAH DTUMIS DGN SEDIKIT BAWNG PUTIH YG SUDAH
     DCINCANG BIARKAN SAMPAI MASAK KEMUDIAN AIR REBUSAN DMASUKKAN
     KDLM KUAH YG SUDAH MASAK TADI
2. KALAU MENGGUNAKAN MEE KUNIG/KIA TIAW HENDAKLAH DGORENG DGN SEDIKIT
    MINYAK KEMUDIAN MASUKKAN SEDIKIT KICAP N MASUKKAN SAYUR2AN SEKALI
3. AKHIR SEKALI MASUKKAN MEE YG SUDAH DGORENG TD KEDLM MANGKUK DAN
    TABURKAN SONTONG.ISI AYAM ,UDANG.FISH CAKE DAN BAWANG GORENG,DAUN    
   SUP,DAUN BAWANG .
4.JGN LUPA SEMESTINYA KUAH MEE HONG

#AKHIR KATA DARI K.ROSE KALI NI SELAMAT MENCUBA UTK SAJIAN DMUSIM CUTI SEKOLAH N BUATLAH DGN RASA KASIH SAYANG N KEIKLASAN.
APA YANG KURANG K.ROSE MOHON KEMAAFAN COZ DLM BAB MASAKAN NI KEKADANG KITA JGN 100% BERGANTUNG PADA RESIPI YG PENTING IKUT CITA RASA KITA.SESUATU RESIPI ADALAH SEBAGAI GARIS PANDUAN YG PENTING BAHAN2 JGN LARI


Monday, June 6, 2011

Detik bergelar seorg NANNY


Assalammualaikum n salam ceria kemunculan k.rose kali ini dgn satu gelaran baru NANNY tanggal 23/05/1966 JAM 2.03 petang
maka lahirlah cucuanda pertamaku yg dberi nama MUHAMMAD ARMAN AMIN seperti biasa pagi2 k.rose dgn rutin seharian selepas menghantar anak2 kesekolah n my lovely hubby ke kantor so sesampai je depan pintu rumah anak k.rose kedua memberitahu mak ada org tgh sakit perut tp sangkaan k.rose anak bongsu yg sakit perut tp rupa2nya anak sulung....... so apa lagi
k.rose pun merasa cemas entah mengapa perasaan cemas tiba2 je muncul kalau time k.rose sendiri nak bersalin tak pun terasa cam tu..... selepas pegi umah mak bidan k.rose terus menghantar dia ke hospital swasta..... selepas dperiksa dc memang dah tiba waktu nak bersalin tp tak tahu bila???????? tp yg sedihnya anak menantu
k.rose masih lagi d k.l tp k.rose dan ibu mentuanya tetap berada disisi eva sepanjang masa...... bila dah masuk dalam bilik wad sekali dc memeriksa n memberitahu kira2 jam 12.30 dia akan dmasukkan ke wad bersalin n akan dberi drip supaya mempercepatkan proses utuk bersalin tp tak sampai 10minit pun drip dmasukkan jantung baby dah low so dc terpaksa mengambil keputusan utuk melakukan pembedahan untuk menyelamatkan baby erm..... hanya tuhan je tahu cammana perasaan k.rose n bisan k.rose time tu. Kesedihan jelas terpancar dwajah anak sulung k.rose coz hubby dia tak ada disisinya d saat2 begitu.
Sebelum eva dmasukkan k bilik pembedahan sekali k.rose berbisik ke telinganya kuatkan semangat n ingat dgn ALLAH berserah n bertawakal k.rose sempat jua memberi satu cium semangat untuk dia.
cucuanda pertama 





senyuman seorang ayah
                                              nekbah,nekaji,tok imam n ayahanda ARMAN


ARMAN DHARI YG KE TUJUH

Followers