Contributors

Friday, June 15, 2012

SAMBAL GORENG IKAN SALAI

Jumaat bersua kembali ......untuk kali yang keberapa ya.....erm sebenarnya k.rose terasa bosan sangat selepas habis menjalankan tugasan harian.Hari ini 15/6/2012 suami k.rose akan berangkat pulang dari JEDDAH n insallah akan sampai pada 11.30pg 16/6/2012 semuga dipermudahkan perjalanan beliau.
14 hari satu jangka masa yang lama bagi sye kerana semua tugasan kena dipikul sendiri .Dari tugasan surirumah sehinga jadi menteri kewangan .......bab jadi menteri kewangan lah yg paling berat tugasan.Tp alhamdulillah semuanya beres.
Hari ini k.rose nak share satu resipi yg k.rose create sendiri .Sedapppp SAMBAL GORENG IKAN SALAI erm.....kalau dah hari2 memasak kekadang tu dah habis idea so bila ternampak je ikan salai so timbullah idea nak create resipi ni.Selalunya k.rose masak ikan salai dgn terung asam.

BAHAN-BAHANNYA:
Ikan salai
8 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
cili kering ikut suka*
sedikit halia *
2 batang serai*
2sudu gula
garam secukup rasa
sedikit asam jawa

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Blend kesemua bahan2* dgn air asam jawa
2.Tumis kesemua bahan2 tadi sampai naik bau
3.Masukkan ikan yg sudah dpotong tadi
4.Kalau sambal terlalu pekat masukkan sedikit air
5.Biar mendidihdan akhir sekali masukkan perasa n gula




No comments:

Post a Comment

Followers