Contributors

Friday, June 22, 2012

AGAR-AGAR MARBLE COKLAT



Bahan-bahan 
1 peket agar-agar [37 gm][rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam] 

Cara Memasak 
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan 
masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat tadi.
Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik.. 

3 comments:

  1. As salam Kak Rose,salam kenal dr Nurul dan follow sini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Nazayiena kerana sudi mengunjungi blog dapur mama

      Delete
  2. Assalam.. Bru siap agar-agar coklat marble sy.. Ntah apa la rupenye.... Hehehe... Thx utk resepi nie...

    ReplyDelete

Followers