Contributors

Sunday, August 21, 2011

ROASTED CHICKEN WITH CHEESE

Salam sejahtera bersua lagi n lagi,,,, selagi nafas masih berhembus n nadi masih berdenyut selagi itulah k.rose akan terus berkarya dalam blog D.MAMA n selagi masih ada pengunjung...... kali ini akan k.rose  paparkan satu resipi yg kali pertama k.rose buat n sebenarnya nak testkan oven baru yg dbeli oleh hubby tersayang.Hubby k.rose macam tau je apa yg k.rose suka n mahu walaupun oven tersebut taklah begitu mahal tp k.rose seronok dpt membuat ROASTED CHICKEN mcm ayam KENNY ROGER kata anak2 k.rose so insallah dlm paparan akan dtg k.rose nak share satu lagi resipi AYAM MASAK KUZI tp sebelum tu biarlah k.rose cuba dahulu n kalau sedap k.rose akan share pada anda semua.Salah satu prinsip k.rose ialah kepuasan dlm satu2 masakan n klau rasa dah cukup puas dgn kelazatan masakan tersebut barulah k.rose akan paparkan dlm blog D.MAMA


BAHAN-BAHANNYA:
1 EKOR AYAM(DCUCI DGN TEPUNG GANDUM)
10 BIJI BAWANG MERAH*
6 BIJI BAWANG PUTIH*
4 BATANG SERAI*
2 INCI HALIA*
2 SUDU SERBUK JINTAN MANIS *
2 SUDU SERBUK JINTAN PUTIH*
2 SUDU KETUMBAR*
SEDIKIT MADU(UTK DSAPU KEATAS AYAM)
SEDIKIT  SOS LADA HITAM
SEDIKT SERBUK LADA HITAM
GARAM N SECUKUP RASA
(KESEMUA BAHAN2* HENDAKLAH DBLEND)

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.   Cucikan ayam dgn tepung gandum kemudian dcuci dgn air dan toskan
2.   Blendkan kesemua bahan2 * campurkan dgn serbuk lada hitam n sos lada hitam
3.   Perapkan ayam dgn bahan2 ini lebih kurang 2 jam barulah dbakar
4.   Setelah dbaka dgn suhu 180c dlm masa 45 minut selepas itu sapukan ayam tersebut dgn bahan2 lebih
      marinate.
5.   Grillkan lebih kurang 1 jam 30 minut bergantung pd besar ayam tersebut
6.   Lebihan  marinate boleh dbuatkan sebagai kuah keatas ayam ini
7.   Tumiskan bahan2 marinate tadi dgn sedikit minyak  n kalau suka masukkan 4 biji buah tomato
8.   Apabila buah tomato tersebut dah menjadi lembut masukkan sos blackpaper
9.   Masukkan kentang yg sudah dgoreng dan aklhir sekali masukkan garam,gula n secukup rasa
10. Keluarkan ayam dari oven dan parut kan cheese mozarella keatas ayam tersebut kemudian bakar sekejap
11. Akhir sekali tuangkan kuah keatas ayam tersebut
  

No comments:

Post a Comment

Followers