Contributors

Monday, December 3, 2012

Durian Crepes

Salam sejahtera  dah masuk penghujung tahun 2012
pejam celik tak terasa masa berlalu meninggalkan .
Tinggal sejarah pahit n manis sepanjang 2012. Tp bersyukur kita masih dsini.Sekarang ni musim cuti sekolah n musim kenduri kahwin n yang paling best sekali musim buah-buahan .Sana sini duri oh duri
perbagai menu dpt dperbuah daripada raja buah ni
so kali ni N3 k.rose ialah DURIAN CREPES dalam istilah org melayu mcm kuih lengang.

BAHAN-BAHANNYA:
(adunan dadar)
30gm tpg Hongkong
30gm tpg Kastard
20gm tpg jagung
20gm tpg ubi
20gm tpg kentang/tpg sagu
3 biji telur
1/4 sudu garam
250ml susu cair
1 sudu besar mentega cair
Pewarna kuning-optional

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1,Satukan semua bahan adunan dadar,kacau rata dan tapis.Rehatkan selama 20 minit.adunan yg agak cair menghasilkan dadar yg nipis
2.Panaskan kuali non-stick dgn api sederhana,ambil satu sendok adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yg nipis.Masak hingga atasnya mengering dan tidak perlu di tebalikkan.
3, Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis
4. Pipekan sedikit whip cream di tengah dadar letak 1 sudu kecil kastard durian kemudian tutup dgn whip cream.
5. lipat dadar menjadi empat segi .Buat hingga habis dan simpan di dalam peti sejuk


INTI KASTARD DURIAN;
250ML SUSU CAIR
1 1/2 SUDU BESAR TEPUNG KASTARD
2 SUDU BESAR GULA PASIR
1/4 SUDU TEH GARAM
1 BIJI KUNING TELOR
150GM ISI DURIAN

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Satukan semua bahan kastard kisar sebentar hingga hancur isi durian.Kemudian tapis ke dlm periuk dan masak dgn api perlahan hingga menjadi kental
2.Simpan di dalam peti sejuk sebelum di isi ke dalam dadar/crepe bersama whip cream

Non diary whip cream secukupnya putar hingga kental(Masukkan dlm piping bag)

*TERIMA KASIH PADA CITARASAWAN OWN RECIPE  kerana sudi berkongsi resipi ini n pada puan iza n anakku eva tq kerana memberi info ini utk mama*


Monday, November 26, 2012

BUTTER MAXICAN BUN

Alhamdulillah brsyukur tanggal 23/11/2012 genap 27 tahun bahtera kehidupan rumahtangga ku bersama suami yg tercinta .Terima kasih kerana menjadi seorg suami n  abah yg trbaik . Setiap kemanisan ada kepahitannya  sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sebagai manusia biasa kita tidak akan lari dr perselisihan faham.


Bahan-bahan ( 17 biji bun )

Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar
200gm tepung susu

Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
-200 gm tepung gandum

Doh Roti
-500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
-2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
-20 gm susu tepung
-75 gm gula castor
-3 sudu kecil dry yeast
-1 sudu kecil garam
-1 biji telur- dipukul
-250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
-60 gm mentega

Cara-cara
Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
Doh Roti
-Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
-Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
-Masukkan telur dan air/susu segar.
-Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
-Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
-Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
-Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
-Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
 -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
-Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.





Sunday, November 25, 2012

Red Velvet Cake

Salam sejahtera n selamat bercuti pada anak2 n guru2 utk ibu2 drumah selamat bercuti drp tugasan biasa tp rasa2nya lebih memenatkan n memeningkan kepala.So kali ini n3 k.rose ialah resipi
Red Velvet Cake  minggu lps kita cuba buat perasmian oven baru kt umah anak saudara yg baru pindah rumah baru. N resipi drp my brother in law sedapppppp cake


Bahan-bahannya:
2 cup sugar
1/2 pound butter
2 egg
2 tablespoon cocoa powder
2 ounces red food coloring
2 1/2 cup cake  flour
1 teaspoon salt
1 cup buttermilk
1 teaspoon vanilla
1/2 teaspoon baking soda
1 tblspoon vinega

Method
In a mixing bowl cream the sugar n butter beat till light and fluffy add egg 1 at a time and mix well.
Mix cocoa n food colouring and add sugar mixture mix well.sift sugar n salt add flour mixture alternate
With the buttermilk.Add on vanilla in a small bowl mix soda n vinegar and later add to mix. Bake for 20-25 min with 180c cool before frosting icing.

Icing
8 ounce package cream cheese
1 stick butter bsoftened
1 pound icing sugar
Shgredded chopped pecan

Method
Blend cream cheese and butter together in a mixing bowl.Add on chopped pecan.
Now speead on the cake.




Wednesday, October 17, 2012

Ayam Blackpaper with Capsicum

Salam sejahtera n ceria selalu semuga anda sihat2 selalu .Pagi Rabu  cuaca dluar hujan lebat.Alhamdulllah selesai sudah ujian PMR  dan sekarang cuma menunggu keputusanakan diumumkan. Tahun 2012 dua org anak k.rose yg menduduki peperiksaan UPSR danPMR Semuga berjaya wahai anak2ku jadilah insan yg berilmu dunia dan akhirat amin.......anak2 yg menduduki peperiksaan ibunya pula yg merasa cemas. Itulah perasaan seorg ibu yg tidak dpt dnafikan .so celoteh dpendekkan  n3 k.rose pada hari ini ialah nak share satu resipi hasil create k.rose sendiri.Satu masakan yg simple janji sedapppppp.Idea resipi ini ialah apabila dah setiap hari memasak Ayam dah takada idea lagi so bila dah terlihat capsicum agaknya dah berminggu2 setia dlm freeze so daripada pembaziran elok dmanafatkan.
Sebelum ini saya  biasa mengunakan capsicum dalam masakkan Daging ala chinese style.Insallah N3 akan dtg k.rose akan paparkan resipi DAGING MASAK CAPSICUM

bahan-bahannya:
12 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
sedikit halia*
(*bahan2 dblend)
1/2 ekor ayam
1/2 paket sos lada hitam
sedikit biji lada hitam dblend
2 sudu kicap pekat
1biji capsicum hijau n merah(dhiris kiub)
1 sudu gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Gorengkan ayam dgn sedikit garam sekejab sahaja.Kemudian tumiskan bahan2 yg sudah dblend apabila
    sudah menguning masukkan sos lada hitam,serbuk lada hitam,kicap pekat,gula ,hirisan capsicum dan  
    masukkan 1/2 cawan air supaya gravy tadi tidak terlalu pekat masak sampai cukup pekat kemudian
    masukkan ayam tadi kacau rata2 kemudian tutupkan api


Tuesday, October 16, 2012

Tarikh kelahiran menunjuk usia

Salam sejahtera dpagi Rabu 1 Zulhijjah 1433 genap 20 tahun pemergian bonda pengorbanan seorg ibu yg tidak dpt dbalas jasa beiau mendidik dan membesar kita sebagai seorg insan .Dari seorg bayi yg tidak tahu  erti penghidupan dan yg tidak tahu apa2.Dengan penuh kasih dan sayang ibu mendodoi dan menyusukan kita dan menguruskan segala keperluan kita dgn penuh kesabaran .Seorg ibu yg sanggup berkorban apa saja.Tp anak2 zaman sekarang mudah lupa dgn jasa dan pengorbanan ibu.Seorang ibu akan selalu ingat tarikh kelahiran anak2nya tp  anak2 zaman sekarang mudah lupa dgn tarikh kematian ibunya ya allah berilah aku petujuk bagaimana aku dapat mendidik anak2ku supaya suatu ketika klk anak2ku sentiasa mengingatkan tarikh kematianku  walaupun sekadar sepinggan nasi utk dbuat sedekah arwah.
CORETAN ku ini sekadar untuk peringatan pada anak2ku n alfatihah buat bonda semuga allah mencucuri rahmat keatas beliau .
TARIKH KELAHIRAN MENUNJUK USIA SEMAKIN MENINGKAT TARIKH KEMATIAN MENGINGATKAN KITA PD YG SUDAH PERGI

Thursday, October 4, 2012

KEK LUMUT USU

                                                          KEK LUMUT

Bahan-bahannya:
16 oz mentega
10 biji telor ayam
1 tin susu creamer
1 botol kecil horlick
1 gelas gula halus
2 gelas roti marie(dblend)
2 botol warna hijau pandan paste


1.  Pukul mentega dgn gula sampai kembang.Masukkan telor satu persatu dan kuar sampai sebati
2.  Masukkan horlick,kaya,susu, dan tepung roti  kacau sampai rata2. Akhir sekali masukkan pewarna
     Hijau kacau sehingga sebati n kukus selama 4 jam




Salam dpetang Sabtu semuga dhari ini kita mendapat hidayah dan keberkatannya.Alhamdulillah
Syukur dgn seadanya. Cuaca agak rendup dluar menandakan hujan akan turun.
Hujung minggu kali ini sungguh seronok dgn kehadiran cucuanda arman yg dtg bercuti.Dan pada keesokkannya arman akan balit semula ke sibu.Masa berlalu terlalu pantas pejam celik dah awal october n musim haji akan kujung tiba.Ya allah sungguh rindunya  hambamu ini utk berkunjung ketanah suci sebagai tetamu ya allah.Insallah
(Utk Sharifah eza tq for the pc)


Saturday, September 29, 2012

salam kerinduan n salam kemaafan

Salam sejahteran  n salam kerinduan dari saya buat para pengunjung dapur mama yang dkasihi.Rasanya belum terlewat bagi k.rose n family menyusun jari sepuluh mohon kemaafan kiranya ada salah dan silap sepanjang saya berceloteh dlm ruang ini.Walaupun bulan syawal sudah pun berlalu.Agaknya dah sebulan lebih dapur mama tidak ke udara.Maaf sekali lagi kerana masa tidak mengizinkan k.rose sibuk dn tugasan harian namun jauh disudut hatiku  DAPUR MAMA tetap
dhatiku.Kesibukkan k.rose bertambah lagi dgn kehadiran AMMAR yg berusia lebih kurang 4 bulan. AMMAR seorg bayi  yg  comel n senang djaga. .AMMAR dlahirkan tidak cukup bulan dgn berat 1.3 kg sahaja alhamdulillah sekarang dah bertambah 4kg lebih.AMMAR ialah anak saudara suami k.rose.Pc diatas adalah family photo
pada raya 2012. Lebaran kali ni tidak seperti Raya yg lepas kerana tanpa org tua hidup terasa sunyi.Namun penghidupan tetap diteruskan.Alfatihah untuk arwah ibubapa k.rose n kedua arwah ibubapa mentua semuga arwah dtempatkan kedlm golongan org2 yg beriman.ohhh ARMAN i miss u itulah cucu sulung k.rose yg tinggal disibu sarawak.Seorang budak riang .Raya kali inilah yg paling meriah dgn kehadiran ARMAN yg sgt nakal n kami sekeluarga akan terasa sunyi bila ARMAN balik ke sibu.

Sunday, August 12, 2012

Biskut oat m.anot


              Insallah n3 kali ini satu resipi biskut org tua dahulu yg menjadi resipi turun temurun  . Biskut yang menjadi kegemaran keluarga k.rose n setiap kali raya arwah bonda mentua tidak ketinggalan membuat biskut ini yang akan menjadi rebutan cucu-cucunya alfatihah buat arwah bonda.  Semalam buat lagi biskut ini belum raya conterner dah setengah coz ramai peminat.Mari-mari cubalah rasa kelazatan saya BISKUT OAT M.ANOT dberi nama.Kebiasaanya kalau lebaran tiba k.rose tak buat biskut ini walaupun family k.rose suka.Kerana dapat menumpang makan apabila bertandang ke rumah mentua tapi raya kali ini terpaksalah buatlah sendiri .Nasib baiklah masa arwah bonda masih ada k.rose sempat juga meminta resipi ini. Tapi time mula2 k.rose buat bila semua adunan dah semua dmasukkan satu jelah yg tidak tertulis dlm resipi iaitu sukatan tepong.Maklumlah org tua dulu2 kalau buat sesuatu masakkan atau biskut semuanya gunakan anggaran sahaja tapi tetap menjadi n sedap juga kerana mereka buat dgn keiklasan n kasih sayang


Bahan-bahannya:


Bahan-bahannya:
16 oz planta
8 oz ghee
16oz gula halus
1sudu teh baking powder
850 gm tepong gandum
5 sudu meja tepong jagung
300 gm oat


Cara-cara membuatnya:

1.Camtumkan planta  n ghee dan gaul sampai  sebati .Kemudian masukkan  gula dan
  Gaul rata-rata.
2.Masukkan oat, dan tepong yg sudah dgaul dgn baking powder dan tepong jagung
3.Apabila sudah sebati bulat2 kan  dgn berat 12gm kemudian dgaulkan dgn oat
4. Bakar dgn suhu 120c












       

Lapis strawberry




Bahan-bahannya:
20 biji telor ayam(8biji dibuang putih)
300 gm gula
300 gm tepung gandum/tepung halus
16 oz mentega
2sudu meja ovellete
1paket strawberry ice cream powder
1 sudu meja syrawberry paste
4 sudu susu krimer manis

Cara-cara membuatnya:
1.  Pukul mentega hingga kembang dgn susu
2.  Pukul telor,gula,tepung sampai kembang dan pekat campurkan sekali ovellete
3.  Campurkan kedua2 adunan tersebut menjadi satu adunan kacau sampai rata-rata
4.  Kemudian adunan tadi dbahagi 2
     a. Satu bahagian dibiarkan begitu sahajaP
     b. Satu bahagian lagi di campur ice cream powder dan strawberry paste
5.  Dengan menggunakan api atas bakar lapisan (a) satu lapis sahaja
6.  Selepas itu bahagian (b) 2 lapis warna yg sama ( sila rujuk pd pc) sehingga habis
(setiap lapisan pertama 150gm dan lapisan seterusnya 130gm dgn suhu 160 c)

(Selamat mencuba n salam sayang dari DAPUR MAMA utk para pengunjung yg tetap setia dan sentiasa memberi sokongan pada saya)











Saturday, August 11, 2012

Kek lapis Horlick









Salam sejahtera bersua kembali buat kali ini semalam k.rose rasa sungguh gembira coz akhirnya berjaya juga k.rose mengupdatekan Dapur Mama menggunakan ipad.He.....he.... Sungguh melucukn tp itulah hakikatnya coz bidang it bukan bidang saya.Insallah kali ini senang n cepat bagi k.rose untuk menyiarkan resipi2 terkini untuk para pengunjung yg dikasihi.Insallah kalau masa n keadaan mengizinkan akan saya paparkan lebih byk lagi resipi kek lapis n biskut dari sarawak.

Bahan-bahannya:
12 biji telor ayam (2 biji dbuangkan putihnya)
200gm horlick
200gm gula
220 gm tepung gandum
1 tin susu kremer manis(kurangkan jika suka)

1.Pukul gula dan tepung sampai kembang.Mentega dipukul dtempat yg lain sampai 
   Putih atau kembang.
2.Kemudian cantumkan kedua-dua adunan tersebut
3.Masukkan tepung sebanyak 3 peringkat dan kacau sampai sebati(jgn dmasukkan sekali tepung 
   Tersebut.
4.Dan masukkan susu dan horlick kacau sampai sebati
5.Akhir sekali bakar dgn api atas sahaja dgn suhu 160c
6.Untuk lapisan pertama timbangkan adunan seberat 150gm kemudian bakar dan untuk
    Lapisan seterus seberat 120gm. Ulangi sampai habis adunan tersebut.
7.Akhir sekali gunakan api atas dan bawah selama 5 minit

(Selamat  mencuba. Dan. Selamat hari raya maaf zahir n batin)


Thursday, August 9, 2012

PAI ROTI BERLAPIS DAGING

Bersua kembali dpagi JUMAAT bersamaan 21 RAMADHAN. Pejam celik tinggal 9 hari lagi syawal menjelang tiba.....tapi syawal kali ini taklah seperti syawal yg lepas namun kehidupan tetap dteruskan buat ala kadar je.....time beginilah terasa sangat terutama dpagi raya.Kebiasaan kami sekeluarga akan berkumpul drumah ibu mentua.Semuga Allah memberi kami kekuatan.So pagi ini minda ku terasa kosong namun  tetap ku lakari coretan dalam DAPUR MAMA .satu resipi yg menjadi kenangan sepanjang hayat .N satu resipi pengikat kasih antara kami.Erm....... cerita bermula pai inilah yg k.rose buatkan pada bulan ramadhan tahun 1985 time mula2 mengenali suami tersayang.Perkenalan berputik time bulan puasa salam perkenalan dmula dgn PAI  ROTI  BERLAPIS  DAGING. so dbalas dgn suntong tutok bersambal. He.....he....he....so sweet tq so much to
my lovely hubby n love u forever



Roti berlapis daging 
(bahan-bahan utk inti) A
1 paket daging/ayam blend
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
*blend*
3 sudu meja serbuk kari
2 sudu meja Sedikit gula
Garam n secukup rasa
Daun sup dan daun bawang

Bahan-bahan utk kulit  B
Keping roti cream crakers(pastikan yg tidak terlalu ranggup)
1 tin susu ideal milk
Santan
Sedikit garam

Cara-cara membuat bahan  A
1.tumiskan kesemua bahan-bahan yg dblend tadi sampai menguning
2.masukkan serbuk kari kacau sampai cukup masak
3.masukkan daging dan kacau lagi
4.akhir sekali masukkan secukup rasa

Cara-cara membuat bahan B
1.masakkan santan dan susu ideal milk kemudian celupkan roti dan terus susunkan kedlm acuan yg sudah dsapukan memtega bahagian bawahnya supaya apabila masak tidak
 melekat pada acuan.
2.kemudian taburkan daging dan daun sup.Susunkan roti diatas permukaan lapisan tadi
3.Ulangi sampai habis inti daging atau ikut ketinggian acuan
4.Akhir sekali tuangkan lebihan santan keatas lapisan roti
5.Bakar dgn suhu 150c selama 30 minit







Monday, August 6, 2012

Kek Lapis masam manis

Salam sejahtera n bersua kembali d pagi 18 Ramadhan alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dapat meneruskan ibadat puasa kali ini.Tak lama lagi Aidi Fitri akan menjelang.Raya kali ini k.rose rasa takada sedikit pun tercelit perasaan suka k.rose buat persiapan ala kadar sahaja demi anak-anak dan cucuanda.Cuaca diuar hujan semenjak subuh tadi hujan rahmat.N3 kali ini k.rose cuba paparkan satu resipi kek untuk hari raya.Sebenarnya sye mempunyai banyak resipi koleksi kek lapis dari sarawak n kek lama
cuma pc kek sahaja takada sebab itulah k.rose belum paparkan lagi so kalau nak tunggu semua resipi tersebut dibuat memang tak laratlah .Hari ini me n my hubby akan berbuka puasa di hotel coz anak saudara cina k.rose akan melangsungkan perkahwinan pada hari ini.sebelum pergi ke majlis tersebut k.rose kena fikir menu untuk anak2 berbuka so setelah berbincang dgn anak2 menu untuk ari ini ialah DAGING STEAK WA2 N PIZZA MAMA

BAHAN-BAHANNYA:

12 BIJI TELOR
8 BIJI TELOR (kuning sahaja)semua telor jadi 20 biji
4 sudu manis susu krimer manis
16oz mentega
300gm tepung gandum
300gm gula
2 sudu makan ovellete
1 teaspoon vanilla
4 paket masam manis/coklat rice

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Butter dipukul dgn susu sanpai nampak putih/kembang
2.Ditempat yang lain telor,tepong,gula,ovellete,vanilla dipukul sampai kembang
3.Kemudian cantumkan kedua2 adunan tersebut. Kacau sampai rata
4.Bahagi kepada dua bahagian satu warna hijau n satu warna kuning
5.Bakar dgn menggunakan api atas sahaja dgn suhu 160c lapis satu bahagian kemudian
taburkan buah masam manis/coklat rice.Taburan hendaklah dbuat sebelum pembakaran.
6.Akhir sekali apabila sudah habis lapisan dbakar .Gunakan apiatas dan bawah
sekejab sahaja lebih kurang 10 minit untuk memastikan kek cukup masak.
*SETIAP SELEPAS PEMBAKARAN TEKANKAN LAPISAN KEK MENGGUNAKAN PENEKAN BURGER/PENEKAN
KHAS BERTUJUAN MEMASTIKAN LAPISAN TERSEBUT TIDAK MENTAH.JGN DITEKAN TERLAMPAU KUAT*





Thursday, August 2, 2012

BAKE MACARONI WITH CHEESE


Salam Jumaat dpagi Ramadhan yg ke 14 semuga ceria-ceria selalu insallah sama2lah kita mendapat keberkatan dbulan yang mulia ini. Kalau dah nama janji mesti ditepati sebab hari sebelumnya bila k.rose upload pc BAKE  MACARONI WITH CHEESE kat facebook masing2 dah terliur n nakkan resipi.  Sebenarnya resipi ni k.rose terjumpa kat satu blog masakan tp bila dah beberapa hari dah tak ingat nama tuan empunya bog ini.Sebelum sye  nak memaparkan resipi ini terlebih dahulu k.rose pohon  kemaafan kepada tuannya .Kerana mencetak rompakkan resipi puan.


BAHAN-BAHAN  A

1PAKET DAGING BLEND/AYAM/ISI AYAM
2 SUDU MKN SERBUK KARI AYAM
1/2 TIN KECIL TOMATO PURE
1 BIJI BAWANG BAKONG (dihiris halus)
2BIJI BUAH TOMATO(dihiris halus)
3 SUDU MKN GULA
SEDIKIT MINYAK
300GM  MACARONI(DIREBUS)
SEDIKIT KULAT TIN

BAHAN-BAHAN B
5 BIJI TELOR
2 SUDU MKN GULA
2 SUDU MKN TEPUNG  GANDUM
250ML SUSU FRESH MILK/SUSU CAIR
(BLENDKAN KESEMUA BAHAN2 INI)

CARA-CARA MEMBUAT BAHAN2  A
1.  TUMISKAN BAWANG N APABILA SUDAH MENGUNING MASKKAN SERBUK  KARI 
2.  MASUKKAN TOMATO PURE, BUAH  TOMATO, KULAT TIN,GULA DAN SECUKUP RASA
3. AKHIR SEKALI MASUKKAN MACARONI   DAN  KACAU  SEHINGGA SEBATI 

CARA-CARA MEMBUAT BAHAN  B
1.  BLEND/PUTAR SAMPAI KEMBANG  BAHAN2 INI  KEMUDIAN  TUANGKAN  KEDALAM
     ACUAN MACARONI TADI  PARUTKAN CHEESE CHEDDAR/MOZARELLA  TABUR 
     KEATASNNYA DAN BAKAR DGN SUHU 150C SELAMA 30 MINIT


#SELAMAT MENCUBA N KALAU SEDAPPPPP INGAT SAYA DAN KALAU TAK SEDAPPP
MAAFKAN SAYA# 















Tuesday, July 31, 2012

BREAD PUDDING

Salam sejahtera bersua kembai dpagi ke 12 ramadhan......ya allah tak terasa pejam celik dah hampir pertenghan puasa n semuga ramadhan kali ini dapat kita sama2 mempertingkatkan amalan kita insallah.
Kesibukkan tugasan harian menyebabkan DAPUR MAMA jarang keudara. Namun k.rose curi2 jua masa yg terluang untuk seketika dgn coretan untuk anda yg mengunjung DAPUR MAMA.
Kali ini resipi simpe je.....tp sesuai untuk juadah berbuka.Cari pun cari terjumpalah resipi ini .





BAHAN-BAHANNYA:
14 KEPING ROTI BANTAL (DIPOTONG DLM BENTUK DADU KECIL)
2 BIJI BUAH APPLE(DPOTONG DADU)
SEDIKIT KISMIS
COKLAT CHIP

BAHAN-BAHAN(CUSTARD)
4 BIJI TELOR
60GM BUTTER(DCAIRKAN)
150GM GULA
960ML SUSU FRESH MILK
1 SUDU TEH VANILLA
1SUDU TEH SERBUK CINAMON

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. PUKUL  TELOR  DGN  GULA  SAMPAI  KEMBANG
2. MASUKKAN MENTEGA YG SUDAH DCAIRKAN
3. KEMUDIAN SERBUK  CINAMON ,VANILLA
4. AKHIR SEKALI SUSU
5. ROTI DMASUKKAN  KEDLM  ACUAN DAN TABURKAN BUAH APPLE,KISMIS,DAN
    COKLAT CHIP
6  AKHIR SEKALI TUANGKAN BAHAN2 TADI DAN TEKAN2KAN SUPAYA ROTI MENJADI
    SERAP DGN ADUNAN TERSEBUT
7. BAKAR DGN  CARA WATER BATH  SELAMA 1 JAM DGN SUHU 150C

*UNTUK MEMASTIKAN  PUDDING SUDAH MASAK CUCUKKAN  DGN LIDI DAN    PASTIKAN TIDAK MELEKAT

SELAMAT MENCUBA UNTUK JUADAH  BERBUKA N SELAMAT BERPUASA AKHIR SEKAL
PESANAN SAYA KALAU NAK LEBIH LAZAT TAMBAHKAN RASA KASIH SAYANG DAN KEIKHLASAN

Sunday, July 22, 2012

Pai Daging Berlapis........ m.anot


Salam sejahtera n salam Ramadhan Almubarak semuga Ramadhan kali  ini membawa seribu kerahmatan pada kita semua alhamdullilah berjumpa kita dramadhan kali ini.Kedatangan ramadhan tahun ini begitu terasa tanpa org yg dikasihi kerana kali ini merupakan pertama kali puasa tanpa arwah bonda mentua n masuk tahun ketiga arwah ayahanda mentua kembali kerahmatullah.Hari ini 23/07/2012 genap 100 hari pemergian arwah bonda alfatihah utk kedua2 mereka. Yang menjadi kenangan kami hanyalah masakan n resipi arwah . Resipi kali ini ialah PAI  DAGING  BERLAPIS...........m.anot pasti sedapppppp n kalau dah makan pasti nak lagikkkkkkk


PAI  DAGING  BERLAPIS

BAHAN-BAHANNYA; (bhg membuat inti) 500 GM DAGING BLEND 6 BIJI KENTANG(DHIRIS NIPIS)* 12 BIJI TELOR 2 SUDU TEPUNG KARI SEDIKIT MINYAK SEDIKIT HALIA# diblend 3 BIJI BAWANG MERAH#diblend 3 BIJI BAWANG PUTIH# diblend 4 BIJI BUAH TOMATO(DHIRIS NIPIS)* 3 BIJI BAWANG BAKONG(DIHIRS NIPIS)* (* kesemua bahan2 ini hendaklah drebus sekejab supaya masa membakar nanti bahan2 ini tidak mengeluarkan air yg akan menyebabkan adunan pai menjadi berair) 1.  Tumiskan bahan2 # yang sudah dblend tadi sampai naik wangi n masukkan serbuk kari 2.  Kemudian masukkan daging blend  dan masukkan secukup rasa. BAHAN-BAHANNYA: 800GM  TEPUNG  GANDUM 400GM  MENTEGA SEDIKIT GARAM AIR SECUKUPNYA CARA-CARA MEMBUATNYA: 1.GAULKAN TEPUNG DGN MENTEGA SAMPAI SEBATI KEMUDIAN MASUKKAN AIR      SEDIKIT  DEMI SEDIKIT SEHINGGA MENJADI ADUNAN  N PASTIKAN TIDAK TERLALU    LEMBUT  DAN BIARKAN SEBENTAR KETEPI. 2 KEMUDIAN CANAIKAN UNTUK LAPISAN BAWAH  PAI DAN MASUKKAN KEDLM    
   ACUAN   DAN CUCUKAN ADUNAN TERSEBUT DGN GARPU DAN PASTIKAN ACUAN
   TERSEBUT DSAPUKAN DGN SEDIKIT MENTEGA
3.SELEPAS ITU SUSUNKAN HIRISAN KENTANG PADA LAPISAN PERTAMA
   KEDUA INTI DAGING
   KETIGA HIRISAN BAWANG BAKONG
   KEEMPAT HIRISAN BUAH TOMATO
4.Pecahkan telor satu persatu sebanyak 3 biji
5.ULANGI  LAPISAN INI MENGIKUT KETINGGIAN ACUAN TERSEBUT.
6.SEBELUM DBAKAR PERMUKAAN ATAS HENDAKLAH DCUCUK DGN GARPU TUJUAN
   UNTUK MENGELUARKAN ANGIN SEMASA PEMBAKARAN.AKHIR SEKALI SAPUKAN
   DGN KUNING TELOR SEBELUM MEMBAKAR DGN SUHU 160C SELAMA 1 JAM ATAU
   SEHINGGA CUKUP  MENGUNING N MASAK
                           
                       SELAMAT  MENCUBA  UNTUK  JUADAH  DBULAN  RAMADHAN

Friday, June 22, 2012

AGAR-AGAR MARBLE COKLAT



Bahan-bahan 
1 peket agar-agar [37 gm][rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam] 

Cara Memasak 
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan 
masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat tadi.
Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik.. 

Friday, June 15, 2012

SAMBAL GORENG IKAN SALAI

Jumaat bersua kembali ......untuk kali yang keberapa ya.....erm sebenarnya k.rose terasa bosan sangat selepas habis menjalankan tugasan harian.Hari ini 15/6/2012 suami k.rose akan berangkat pulang dari JEDDAH n insallah akan sampai pada 11.30pg 16/6/2012 semuga dipermudahkan perjalanan beliau.
14 hari satu jangka masa yang lama bagi sye kerana semua tugasan kena dipikul sendiri .Dari tugasan surirumah sehinga jadi menteri kewangan .......bab jadi menteri kewangan lah yg paling berat tugasan.Tp alhamdulillah semuanya beres.
Hari ini k.rose nak share satu resipi yg k.rose create sendiri .Sedapppp SAMBAL GORENG IKAN SALAI erm.....kalau dah hari2 memasak kekadang tu dah habis idea so bila ternampak je ikan salai so timbullah idea nak create resipi ni.Selalunya k.rose masak ikan salai dgn terung asam.

BAHAN-BAHANNYA:
Ikan salai
8 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
cili kering ikut suka*
sedikit halia *
2 batang serai*
2sudu gula
garam secukup rasa
sedikit asam jawa

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Blend kesemua bahan2* dgn air asam jawa
2.Tumis kesemua bahan2 tadi sampai naik bau
3.Masukkan ikan yg sudah dpotong tadi
4.Kalau sambal terlalu pekat masukkan sedikit air
5.Biar mendidihdan akhir sekali masukkan perasa n gula




Wednesday, June 13, 2012

Chocolate Cake Eva

Salam di petang Rabu bersua untuk kali ini satu resipi Chocolate Cake Eva memang sedapppp resipi ini dberi oleh anak sulung k.rose .Resipi ini diperolehi dari seorang sahabat beliau yg berada di sibu so asal tuan punya resipi ini k.rose tak tahu >Ribuan kemaafan saya pohonkan kerana menyiarkan resipi ini tanpa kebenaran yg empunya.Kalau dilihat dari pc memang tak berapa cantik coz mungkin ini adalah percubaan pertama beliau tp rasa memang sedapp n moist.

BAHAN-BAHANNYA:

2 cwn gula(kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder(van houten)
1 cwn susu cair
1 cwn minyak(butter cair)
 1 cwn air panas didih                                                    
1 tsp bicarbonat
1tsp baking powder                                                            
1 tsp esen vanilla
**untuk ganache**
2 cawan non dairy whipping cream
500g cooking chocolate
1/8 cwn golden syrup
**utk whipping cream*
1cwn non dairy whipping cream

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  Tepung + koko powder + soda bikarbonat +
     + baking powder diayak bersama
2.  Pukul gula dan telur sampai kembang,tambahkan
     essen vanilla
3.  Masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4.  Masukkanbahan2 yg diayak(cara 1) kedalam adunan .gaul dgn cara kaup balik
5.  Last sekali masukkanair panas.  Kacau sebati
6.  Bakarselama 45 minit pada suhu 175-180 degree boleh juga dikukus selama 1 jam
7** untuk ganache**
8.  Dalam mangkuk kecil didihkan whipping cream
9.  Bila dah mendidih, padamkan api dan masukkan cooking chocolate kacau sebati
10.Masukkan golden syrup
11.Ambil 1 cwn ganache bakinya simpan dlm pet sejuk
12.**utk whipping cream** pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1
      cwn chocolate ganache yg diambil dr langkah sebelum ini kaca sampai sebati
13.Kek yg dah siap dipotong tgh2 sapukan dgn whipped cream dari step di atas.  Kemudian lapiskan dgn
     kek yg separuh lagi.Sapu hingga menutupi keseluruhan kek.Kemudian simpan dlm peti sejuk lebi kurang
     30 minit
14.Ambik kek yg dah disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dah simpan dlm peti
     (rujuk step 11) simpan selama 30 minit.    



Saturday, June 9, 2012

KEK KELAPA ASLI

Selamat bercuti sekolah pada murid2 sekolah n guru2 dan tidak ketinggalan pada yg jd supir selamat bercuti .Dan Untuk yg sudi mengunjung blog DAPUR  MAMA sekalung terima kasih kerana masih sudi menjadi  pengunjung setia walaupun blog k.rose tak secantik blog org lain .Yg penting apa yang kita coretkan lahir dari hati yg ikhlas .Selain dari itu  k.rose berbangga kerana dpt berkongsi sesuatu yg bermanafaat . K.rose harap semuga DAPUR MAMA terus mendapat tempat dhati kalian  selagi ada pengunjungnya  selagi itu k.rose akan tetap melakari coretan dan bercerita yg tiada penghujungnya.Kali ini siaran k.rose yg paling aktif kerana sudah beberapa hari siaran k.rose ke udara ermmmmmmm.......kerana masa ini time cuti sekolah n tambahan pula hubby takada so untuk mengisi kebosanan dan kesunyian DAPUR MAMA yg menjadi penghibur.
Celoteh dpendekkan  walaupun pc diatas nampak tak sedap tp sebenarnya memang sedappppp KEK KELAPA ASLI nama dberi namalah kek asli sukatan pun ikut cara org dulu.
                                               

BAHAN-BAHANNYA:
12 biji telor
Gula sesukat telor
Tepung sesukat telor
1 tin susu manis
1kg setengah kelapa tanpa kulit hitam
500gm minyak ghee
Pewarna hijau

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Pukul telor dgn gula sampai kembang
2.Masukkan minyak ghee dan kacau sampai sebati
3.Kemudian masukkan susu manis
4.Masukkan tepung sehingga habis kacau sampai sebati
5.Kemudian masukkan kelapa
5.Akhir sekali masukkan pewarna hijau
6.Bakar dgn suhu 180c sehingga masak


Wednesday, June 6, 2012

AYAM MASAK DAUN KARI PULAI


Salam sejahtera semuga ceria selalu n dberkati Allah......tp hatiku
tak seceria selalu.Berjauhan dgn org tersayang sgtlah menyakitkan.
Hubby tersayang pegi untuk mengerjakan umrah dgn abg
k.rose semuga dpermudahkan segala urusan n semuga mendapat
umrah yg mabrul .Suami k.rose pegi pada hari ahad 3/6/2012 n
djangka akan kembali ke tanah air pada 16/6/2012. Sehari selepas
it cucuanda ARMAN pula  balik ke sibu.Memang terasa sepi n sunyi
selalunya ada je jeritan n tangisan ARMAN
Hari ini k.rose nak masak menu AYAM DAUN KARI PULAI
sedapppp rupanya macam ayam masak kicap tapi rasanya lain coz ramuan pun agak berlainan.Resipi di perolehi dari adik ipar yg memang pakar dalam masakan.Apa saja yg dbuatnya pasti sedap n menjilat jari.

BAHAN-BAHANNYA:
1 ekor ayam (dpotong sederhana)
Daun kari (ikut suka ) dblend
5 ulas bawang merah*dblend
3 ulas bawang putih*
sedikit cili kering*
halia sebesar ibu jari*
2 batang serai*
sedikit asam jawa
5 ulas bawang merah(dhiris)
3 ulas bawang putih (dhiris)
sedikit Halia(dhiris)
sedikit rempah tumis

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Cuci ayam dgn bersih kemudian masukkan sedikit garam dan gorengkan sekejab sahaja agak2 separuh
    masak.
2.Bahan-bahan yg dihiris tadi dgoreng sampai garing dan dmasukkan kedlm mangkuk yg lain
3 Kemudian tumiskan rempah tumis dan masukkan bahan2 yg* dblend masak sampai menguning dan naik
   bau.
4.Masukkan daun kari yg sudah dblend dgn air asam jawa
5.Masukkan sedikit kicap pekat,sedikit gula
6.Apabila sudah agak pekat masukkan ayam yg sudah dgoreng
7.Biarkan agak sebati kemudian padamkan api

*SELAMAT MENCUBA*

Tuesday, June 5, 2012

Pertama kali ku mengenalimu.........


Alhamdulillah selesai sudah Majlis Persandingan Zarith Zafirah dgn Farizan yang berlangsung pada 25/5/2012 hingga 27/5/2012 semuanya berjalan dgn lancar.Keriangan terpancar dwajah kami n alhamdullilah bertambah seorang lagi ahli keluarga k.rose kepada farizan welcome to our big family.Dalam keriangan kami terselit jua perasaan pilu kerana orang yang k.rose kasihi tidak ada bersama dihari yang bahagia ini.Terutama bonda mentua yang baru kembali kerahmatullah.Semuga roh mereka ditempatkan kedalam golongan orang2yang beriman amin......




keluarga tercinta

me n my lovely daughter dhari majlis akad nikah

kakak n adeq seiras

kasih dua orang sahabat





Zarith zafirah yang dikenali dgn gelaran adeq merupakan anak k.rose yang kedua dilahirkan pada 15/09/1988 seorang yang degil tp dalam hati ada taman.Bonda doakan semuga bahtera yg dlayari kekal hingga akhir hayat.SELAMAT PENGANTIN BARU

Followers