Contributors

Wednesday, July 13, 2011

ROTI BERSALUT TELOR

Beberapa hari yang lepas......sementara menunggu anak k.rose yg no2 balik dari keja so.... pluang sebegini jgn dlepaskan berdua2 dgn hubby...... sekali sekala erm..... seronok jua.Duduk minum berdua sambil berborak2..... selalunya dkelilingi anak2.My hubby nak try satu menu yg nampaknya sedap n simple je.....kedai ni kongsepnya simple .....n menunya semua menu dari hong kong.Tak pernah gi Hong Kong pun tak ape cukuplah sekadar dpt merasa menu mereka.SEDAPPPPPPP Balik rumah k.rose pun cubalah  buat utuk sarapan pagi .Laris jualan k.rose pada hari itu

BAHAN-BAHANNYA:
10 keping roti
2 biji telor ayam
Peanut butter
5 keping Cheese slice
Sedikit butter
Sedikit Madu
Sedikit minyak

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Sapukan sedikit butter n peanut butter pada kepingan roti n letakkan slice cheese
2.Kemudian potongkan roti tersebut meengikut bentuk yg disuka
3.Pukul telor kemudian celupkan roti kedalam telor tersebut
4.Panaskan kuali n masukkan minyak  gunakan api yang sederhana
5.Apabila sudah garing atau kekuning toskan
6.Semasa sajian sapukan sedikit mentega n pancitkan sedikit madu keatas roti tersebut
*SEDAP DMAKAN APABILA ROTI BERSALUT TELOR MASIH PANAS LAGI*

No comments:

Post a Comment

Followers