Contributors

Monday, September 19, 2011

MEE BELACAN.......hj. Anim

Salam  sejahtera dpagi selasa yg sungguh mendamaikan coz anak2 k.rose semuanya dah turun kesekolah so tinggallah k.rose seorg diri melayan blog kesayanganku DAPUR MAMA hari ini k.rose merasa sungguh relax
n tak berada dopis coz semalam k.rose dah masakkan 2 menu so yg balance tu boleh utuk lunch nanti.semalam k.rose buatkan sambal goreng ikan bilis resipi ni agak lain daripada yg k.rose selalu buat memang sedap....insallah akan k.rose uploadkan nanti.
Bercakap tentang MEE BELACAN memang terdapat berbagai2 resipi tp yg k.rose nak sharekan kali ini memang lain daripada resipi MEE BELACAN yg pernah k.rose kongikan dahulu.Tp k.rose n family lebih suka resipi yg baru ini MEE BELACAN.....hj anim dberi nama. N satu perkara lagi belacan mestilah yg baik n good kualiti barulah hasilnya jadi sedappppppppp....

BAHAN-BAHANNYA:
10 biji bawang merah*
250gm belacan*
cili kering ikut suka*
1 botol otak udang
4 biji asam boi(utk mengkukus ikan)
Gula apong secukup rasa/gula biasa
1 biji buah nenas yg masak(DBLEND)
150gm udang kering*
5000ml air (utuk memasak bahan2 ini)
garam perasa secukup rasa
4 sudu makan tepung jagung(boleh dtambah kalau kuah masih cair)
2 biji buah(dhiris nipis/dparut)
buah limau kasturi
2 ekor sontong kembang(drebus sekejab)
1 bungkus mee hoon (drebus sekejab)
(bahan2 * hendaklah dblend)
Telur padi/telur ayam drebus
Kacang tanah (dblend)


CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Masukkan kesemua bahan2 * yg sudah dblend  kedalam periuk dan masukkan 5000ml air,buah nenas yg
   sudah dblend,otak udang,asam boi dan biarkan ya berebus secukupnya.
2.Masukkan gula,garam,perasa n akhir sekali tepung jagung
3.Blendkan cili kering dgn sedikit belacan kemudian tumiskan dgn sedikit minyak(sambal belacan sebagai
   tambahan.
(SAJIAN UNTUK  30 ORG so kalau nak buat percubaan bolehlah buatkan setengah daripada resipi ini)









Sunday, September 18, 2011

SALAM AIDIL FITRI 2011

                                                                                        
Salam sejahtera n SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI alhamdulillah kita masih sampai disini n kesempatan ini juga k.rose ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin dari kami sekeluarga seandainya terdapat salah dan silap sepanjang persahatan kita dalam alam maya ini.Tersalah atau terkurangnya dlm blog DAPUR MAMA kita sebagai manusia biasa tak akan lari dari membuat kesilapan.Walaupun dah hampir nak abiz bulan syawal namun coretan ini tetap k.rose coretkan walau secebis coretan khas utk semua yg sudi melayari blog DAPUR MAMA n terima kasih.



ARMAN CUCUANDA NANNY

Tuesday, September 13, 2011

CHICKEN CHEESE WITH BROCOLI........yummy

Salam keceriaan dpagi rabu semuga sihat2 selalu hendaknya ,Dah 3 hari sang suria tak timbul2 so kain jemuran pun tak usah nak dkata......boleh mengalah laundry mamak n selepas itu kain lipatan pun tinggi menggunung,.Hari ini k.rose n my hubby berpuasa sunnat 6 n dah masuk ari k3 so smalam k.rose buatkan satu resipi ala2 mat salleh utuk  berbuka,Sebenarnya resipi ini dtgnya dari sesorg yg dah lama menetap dtanah arab.Masakan ini memang simple je....cepat n mudah tp sgt2 mengemukkan......
 1 EKOR AYAM POTONG
 1 TIN SUSU CAIR
 1 PAKET CHEESE
 SEDIKIT BROCOLI
 1 BATANG CARROT(DHIRIS DADU)
 BUNGA KOBIS
 MUSHROOM TIN
 BABY CORN
 MIX VEGE
2 SUDU GULA
GARAM N SECUKUP RASA

CARA CARA MEMBUATNYA

1. CAIRKAN BUTTER KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG BAKONG DIHIRIS HALUS
2. MASUKKAN AYAM DAN 1/2 TIN SUSU BIARKAN SAMPAI MASAK N TAMBAHBAHKAN 1 GELAS AIR UTK MEREBUS AYAM KEMUDIAN MASUKKAN BALANCE SUSU
3.  ANGKAT AYAM DAN MASUKKAN  CHEESE
4.  SAYUR2 DREBUS DTEMPAT YG LAIN SEKEJAP SAHAJA SUPAYA SAYUR2 TIDAK MENJADI TERLALU MASAK
5. LETAKKAN AYAM KEDLM BEKAS YG LAIN KEMUDIAN TABURKAN SAYUR2 N AKHIR SEKALI TUANGKAN KUAH KEATAS AYAM TERSEBUT.JIKA SUKA MASUKKAN KEPINGAN CHEESE N MASUKKAN KDLM OVEN SELAMA 10 MINIT

#AKHIR KATA SELAMAT MENCUBA KALAU SEDAPPPPPPPPPPPPP ......igatkan k.rose tp kalau tak sedap k.rose pohon kemaafan.#


Thursday, September 8, 2011

AYAM MASAK KUZI.....ALA ARAB

 Salam sejahtera n selamat bersua kembali dpetang khamis .Alhamdulillah syukur dengan apa yg ada...ketenangan yg dberi oleh mu ya allah selain daripada sujud kepada mu berkarya juga dpt memberi ketenangan pada k.rose. berkongsi  sesuatu yg dapat menambah ilmu merupakan satu amal jariah yg dpt memberikan BONUS utk kita dkemudian hari so.....jgnlah merasa tamak dgn ilmu yg kita ada.Kali ini k.rose nak berkongsi satu resipi yg agak istemewa. Kak rose perolehi dari seorang kak ipar yg sememangnya dbesarkan dMEKAH so masakan ini merupakan makanan org arab.Time bulan puasa yg lepas k.rose teringin sangat nak makan AYAM KUZI so k.rose dpt jua akhirnya n time hari raya k.rose buatkan untuk sajian pagi raya.Semua yg makan AYAM KUZI dah tak boleh bercakap yg terkeluar dari mulut mereka ialah SEDAPPPPPPPP...... n bila nak buatkan lagi>>>>>>>>>>>

BAHAN-BAHANNYA:  A
1 EKOR AYAM
I/2 PAKET DAGING CINCANG
2 BIJI KENTANG(DHIRIS DADU)
1 BATANG CARROT(DIHIRIS DADU)
3 BIJI TELOR AYAM (DMASAK)
SEDIKIT KISMIS
SEDIKIT KACANG PUTIH/GAJUS(DPANGGANG/DGORENG)



CARA-CARA MEMBUAT:
1.  3 biji bawang putih n bawang merah dblend kemudian dtumis dgn sedikit minyak kemudian masukkan  
     daging blend dan sedikit serbuk lada
2.  Masukkan kentang dan carrot biarkan sampai masak dan akhir sekali masukkan garam n secukup rasa
3.  CUCI TERLEBIH DAHULU AYAM DGN TEPUNG GANDUM kemudian barulah diperapkan dgn
     serbuk kunyit,garam dan halia lebih kurang 10 minit sebelum dgoreng dgn minyak yg banyak Sebelum    
     mengoreng ayam  masukkan inti daging dan telor yg sudah dmasak tadi ke dalam perut ayam n bahagian
     yg bawah tempat utk mengisi semua bahan2 inti tersebut hendaklah djahit dgn benang terlebih dahulu    
     sebelum mengorengkan  ayam.Api hendaklah sederhana n setiap setengah jam ayam hendaklah dbalitkan   
     masa menggoreng mengambil masa lebih kurang 1jam

BAHAN-BAHAN UTK MEMBUAT KUAH:

3 BIJI BAWANG BAKONG*
1 TIN TOMATO PURE
3 BIJI BAWANG PUTIH*
SEDIKIT HALIA*
1/2 PAKET SOS CILI
SEDIKIT  SERBUK LADA
SEDIKIT GULA
SECUKUP RASA
SEDIKIT SOS TIRAM

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  Tumiskan bahan2* yg sudah dblend kemudian masukkan tomato pure kemudian masukkan sos cili,serbuk
     lada,gula sos tiram n secukup rasa dan akhir sekali masukkan 1 cawan air dan biarkan sampai mendidih
     dan akhir sekali masukkan ayam yg sudah dgoreng tadi.Biarkan ayam dalam kuah tersebut lebih kurang 5
     minit supaya ayam menjadi sebati dgn kuah.Kemudian baru dtutupkan api

#CADANGAN MENU INI BOLEH DMAKAN DGN ROTI FRENCH LOAF SEBAGAI GANTIAN NASI#

Tuesday, September 6, 2011

SAMBAL GORENG AYAM.....cikwa

Salam kecerian dpetang HARI RAYA K8 n alhamdulillah sampai kesini  n dpt bersua kembali dlm blog k.rose kali ini masa berlalu terlalu pantas kadang2 memang tak terasa pejam celik saat berganti saat jam berlalu ....hari berganti hari bulan terus berlalu .Dah  masuk  bulan Sept.Hari Raya Aidil Fitri pun dah masuk hari k8 masa sebelum nak raya bukan main lagi......persiapan sentiasa tak mencukupi n bila dah RAYA tak serupa mana.Kalau bicara tentang masa memang singkat n selalu org bilang masa itu emas n selalu tidak ada masa tp kalau tuhan dah bagi 24jam gunakanlah seelok2nya......selalu jua kawan2 k.rose bertanya sesibuk mana pun k.rose masih ada masa utk berkarya dlm blog DAPUR MAMA....erm.....kalau dah minat n dmana ada kemahuan dsitu ada jalan.Janji kepuasan bagi k.rose coz dpt berkongsi sesuatu yg berfaedah


BAHAN-BAHANNYA:
500GM ayam
1 paket tauhu kering
8 biji bawang merah*
5 biji bawang putih*
sebesar ibu jari halia*
sedikit lengkuas*
3 sudu serbuk kari daging
200gm kacang tanah yg sudah dkupas kulit(drebus dtempat lain)
Asam jawa secukup rasa
Sedikit gula
Garam n secukup rasa
3 biji buah tomato
sedikit rempah tumis
Pati santan(anggaran)
(*BLENDKAN KESEMUA BAHAN2 *)

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Cuci ayam kemudian toskan.Blendkan kesemua bahan2 * kemudian tumiskan bahan2 * masukan
    rempah tumis sampai naik bau
2. Masukkan serbuk kari  dan masukkan ayam kacau sampai sebati  n masukkan pati santan dan
    kacang tanah,air asam jawa
3. Masukkan juga tauhu kering yg sudah drendam n dpotong
4. Akhir sekali buah tomato ,gula garam n secukup rasa
5. Kalau suka boleh dmasukkan juga sedikit TOMATO PURE bertujuan untuk melazatkan n menambah seri
    pada masakan










Followers