Contributors

Friday, June 22, 2012

AGAR-AGAR MARBLE COKLAT



Bahan-bahan 
1 peket agar-agar [37 gm][rendamkan sebelum merebusnya]
6 mug air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 s/b serbuk koko [bancuh ngan 1 s/b air suam] 

Cara Memasak 
1. Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan gula. Bila mendideh tapiskan.
3. Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4. Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5. Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan 
masakkan sehingga agak pekat.
6. Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7. Lapiskan [sendukkan] adunan putih [kastad saja] keatas adunan coklat tadi.
Biarkan keras sekejap.
8. Buatkan [lapiskan] sehingga semua adunan habis].

NOTA:
Bila nak lapiskan adunan puding ni..
panaskan adunan sambil mengacau supaya puding ini cair sikit..
sebab bila puding terbiar dalam periuk dia akan membeku dan kental...
nanti adunan/lapisan puding tidak cantik.. 

Friday, June 15, 2012

SAMBAL GORENG IKAN SALAI

Jumaat bersua kembali ......untuk kali yang keberapa ya.....erm sebenarnya k.rose terasa bosan sangat selepas habis menjalankan tugasan harian.Hari ini 15/6/2012 suami k.rose akan berangkat pulang dari JEDDAH n insallah akan sampai pada 11.30pg 16/6/2012 semuga dipermudahkan perjalanan beliau.
14 hari satu jangka masa yang lama bagi sye kerana semua tugasan kena dipikul sendiri .Dari tugasan surirumah sehinga jadi menteri kewangan .......bab jadi menteri kewangan lah yg paling berat tugasan.Tp alhamdulillah semuanya beres.
Hari ini k.rose nak share satu resipi yg k.rose create sendiri .Sedapppp SAMBAL GORENG IKAN SALAI erm.....kalau dah hari2 memasak kekadang tu dah habis idea so bila ternampak je ikan salai so timbullah idea nak create resipi ni.Selalunya k.rose masak ikan salai dgn terung asam.

BAHAN-BAHANNYA:
Ikan salai
8 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
cili kering ikut suka*
sedikit halia *
2 batang serai*
2sudu gula
garam secukup rasa
sedikit asam jawa

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Blend kesemua bahan2* dgn air asam jawa
2.Tumis kesemua bahan2 tadi sampai naik bau
3.Masukkan ikan yg sudah dpotong tadi
4.Kalau sambal terlalu pekat masukkan sedikit air
5.Biar mendidihdan akhir sekali masukkan perasa n gula




Wednesday, June 13, 2012

Chocolate Cake Eva

Salam di petang Rabu bersua untuk kali ini satu resipi Chocolate Cake Eva memang sedapppp resipi ini dberi oleh anak sulung k.rose .Resipi ini diperolehi dari seorang sahabat beliau yg berada di sibu so asal tuan punya resipi ini k.rose tak tahu >Ribuan kemaafan saya pohonkan kerana menyiarkan resipi ini tanpa kebenaran yg empunya.Kalau dilihat dari pc memang tak berapa cantik coz mungkin ini adalah percubaan pertama beliau tp rasa memang sedapp n moist.

BAHAN-BAHANNYA:

2 cwn gula(kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder(van houten)
1 cwn susu cair
1 cwn minyak(butter cair)
 1 cwn air panas didih                                                    
1 tsp bicarbonat
1tsp baking powder                                                            
1 tsp esen vanilla
**untuk ganache**
2 cawan non dairy whipping cream
500g cooking chocolate
1/8 cwn golden syrup
**utk whipping cream*
1cwn non dairy whipping cream

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  Tepung + koko powder + soda bikarbonat +
     + baking powder diayak bersama
2.  Pukul gula dan telur sampai kembang,tambahkan
     essen vanilla
3.  Masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4.  Masukkanbahan2 yg diayak(cara 1) kedalam adunan .gaul dgn cara kaup balik
5.  Last sekali masukkanair panas.  Kacau sebati
6.  Bakarselama 45 minit pada suhu 175-180 degree boleh juga dikukus selama 1 jam
7** untuk ganache**
8.  Dalam mangkuk kecil didihkan whipping cream
9.  Bila dah mendidih, padamkan api dan masukkan cooking chocolate kacau sebati
10.Masukkan golden syrup
11.Ambil 1 cwn ganache bakinya simpan dlm pet sejuk
12.**utk whipping cream** pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1
      cwn chocolate ganache yg diambil dr langkah sebelum ini kaca sampai sebati
13.Kek yg dah siap dipotong tgh2 sapukan dgn whipped cream dari step di atas.  Kemudian lapiskan dgn
     kek yg separuh lagi.Sapu hingga menutupi keseluruhan kek.Kemudian simpan dlm peti sejuk lebi kurang
     30 minit
14.Ambik kek yg dah disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dah simpan dlm peti
     (rujuk step 11) simpan selama 30 minit.    



Saturday, June 9, 2012

KEK KELAPA ASLI

Selamat bercuti sekolah pada murid2 sekolah n guru2 dan tidak ketinggalan pada yg jd supir selamat bercuti .Dan Untuk yg sudi mengunjung blog DAPUR  MAMA sekalung terima kasih kerana masih sudi menjadi  pengunjung setia walaupun blog k.rose tak secantik blog org lain .Yg penting apa yang kita coretkan lahir dari hati yg ikhlas .Selain dari itu  k.rose berbangga kerana dpt berkongsi sesuatu yg bermanafaat . K.rose harap semuga DAPUR MAMA terus mendapat tempat dhati kalian  selagi ada pengunjungnya  selagi itu k.rose akan tetap melakari coretan dan bercerita yg tiada penghujungnya.Kali ini siaran k.rose yg paling aktif kerana sudah beberapa hari siaran k.rose ke udara ermmmmmmm.......kerana masa ini time cuti sekolah n tambahan pula hubby takada so untuk mengisi kebosanan dan kesunyian DAPUR MAMA yg menjadi penghibur.
Celoteh dpendekkan  walaupun pc diatas nampak tak sedap tp sebenarnya memang sedappppp KEK KELAPA ASLI nama dberi namalah kek asli sukatan pun ikut cara org dulu.
                                               

BAHAN-BAHANNYA:
12 biji telor
Gula sesukat telor
Tepung sesukat telor
1 tin susu manis
1kg setengah kelapa tanpa kulit hitam
500gm minyak ghee
Pewarna hijau

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Pukul telor dgn gula sampai kembang
2.Masukkan minyak ghee dan kacau sampai sebati
3.Kemudian masukkan susu manis
4.Masukkan tepung sehingga habis kacau sampai sebati
5.Kemudian masukkan kelapa
5.Akhir sekali masukkan pewarna hijau
6.Bakar dgn suhu 180c sehingga masak


Wednesday, June 6, 2012

AYAM MASAK DAUN KARI PULAI


Salam sejahtera semuga ceria selalu n dberkati Allah......tp hatiku
tak seceria selalu.Berjauhan dgn org tersayang sgtlah menyakitkan.
Hubby tersayang pegi untuk mengerjakan umrah dgn abg
k.rose semuga dpermudahkan segala urusan n semuga mendapat
umrah yg mabrul .Suami k.rose pegi pada hari ahad 3/6/2012 n
djangka akan kembali ke tanah air pada 16/6/2012. Sehari selepas
it cucuanda ARMAN pula  balik ke sibu.Memang terasa sepi n sunyi
selalunya ada je jeritan n tangisan ARMAN
Hari ini k.rose nak masak menu AYAM DAUN KARI PULAI
sedapppp rupanya macam ayam masak kicap tapi rasanya lain coz ramuan pun agak berlainan.Resipi di perolehi dari adik ipar yg memang pakar dalam masakan.Apa saja yg dbuatnya pasti sedap n menjilat jari.

BAHAN-BAHANNYA:
1 ekor ayam (dpotong sederhana)
Daun kari (ikut suka ) dblend
5 ulas bawang merah*dblend
3 ulas bawang putih*
sedikit cili kering*
halia sebesar ibu jari*
2 batang serai*
sedikit asam jawa
5 ulas bawang merah(dhiris)
3 ulas bawang putih (dhiris)
sedikit Halia(dhiris)
sedikit rempah tumis

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Cuci ayam dgn bersih kemudian masukkan sedikit garam dan gorengkan sekejab sahaja agak2 separuh
    masak.
2.Bahan-bahan yg dihiris tadi dgoreng sampai garing dan dmasukkan kedlm mangkuk yg lain
3 Kemudian tumiskan rempah tumis dan masukkan bahan2 yg* dblend masak sampai menguning dan naik
   bau.
4.Masukkan daun kari yg sudah dblend dgn air asam jawa
5.Masukkan sedikit kicap pekat,sedikit gula
6.Apabila sudah agak pekat masukkan ayam yg sudah dgoreng
7.Biarkan agak sebati kemudian padamkan api

*SELAMAT MENCUBA*

Tuesday, June 5, 2012

Pertama kali ku mengenalimu.........


Alhamdulillah selesai sudah Majlis Persandingan Zarith Zafirah dgn Farizan yang berlangsung pada 25/5/2012 hingga 27/5/2012 semuanya berjalan dgn lancar.Keriangan terpancar dwajah kami n alhamdullilah bertambah seorang lagi ahli keluarga k.rose kepada farizan welcome to our big family.Dalam keriangan kami terselit jua perasaan pilu kerana orang yang k.rose kasihi tidak ada bersama dihari yang bahagia ini.Terutama bonda mentua yang baru kembali kerahmatullah.Semuga roh mereka ditempatkan kedalam golongan orang2yang beriman amin......




keluarga tercinta

me n my lovely daughter dhari majlis akad nikah

kakak n adeq seiras

kasih dua orang sahabat





Zarith zafirah yang dikenali dgn gelaran adeq merupakan anak k.rose yang kedua dilahirkan pada 15/09/1988 seorang yang degil tp dalam hati ada taman.Bonda doakan semuga bahtera yg dlayari kekal hingga akhir hayat.SELAMAT PENGANTIN BARU

Followers