Contributors

Wednesday, October 17, 2012

Ayam Blackpaper with Capsicum

Salam sejahtera n ceria selalu semuga anda sihat2 selalu .Pagi Rabu  cuaca dluar hujan lebat.Alhamdulllah selesai sudah ujian PMR  dan sekarang cuma menunggu keputusanakan diumumkan. Tahun 2012 dua org anak k.rose yg menduduki peperiksaan UPSR danPMR Semuga berjaya wahai anak2ku jadilah insan yg berilmu dunia dan akhirat amin.......anak2 yg menduduki peperiksaan ibunya pula yg merasa cemas. Itulah perasaan seorg ibu yg tidak dpt dnafikan .so celoteh dpendekkan  n3 k.rose pada hari ini ialah nak share satu resipi hasil create k.rose sendiri.Satu masakan yg simple janji sedapppppp.Idea resipi ini ialah apabila dah setiap hari memasak Ayam dah takada idea lagi so bila dah terlihat capsicum agaknya dah berminggu2 setia dlm freeze so daripada pembaziran elok dmanafatkan.
Sebelum ini saya  biasa mengunakan capsicum dalam masakkan Daging ala chinese style.Insallah N3 akan dtg k.rose akan paparkan resipi DAGING MASAK CAPSICUM

bahan-bahannya:
12 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
sedikit halia*
(*bahan2 dblend)
1/2 ekor ayam
1/2 paket sos lada hitam
sedikit biji lada hitam dblend
2 sudu kicap pekat
1biji capsicum hijau n merah(dhiris kiub)
1 sudu gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Gorengkan ayam dgn sedikit garam sekejab sahaja.Kemudian tumiskan bahan2 yg sudah dblend apabila
    sudah menguning masukkan sos lada hitam,serbuk lada hitam,kicap pekat,gula ,hirisan capsicum dan  
    masukkan 1/2 cawan air supaya gravy tadi tidak terlalu pekat masak sampai cukup pekat kemudian
    masukkan ayam tadi kacau rata2 kemudian tutupkan api


Tuesday, October 16, 2012

Tarikh kelahiran menunjuk usia

Salam sejahtera dpagi Rabu 1 Zulhijjah 1433 genap 20 tahun pemergian bonda pengorbanan seorg ibu yg tidak dpt dbalas jasa beiau mendidik dan membesar kita sebagai seorg insan .Dari seorg bayi yg tidak tahu  erti penghidupan dan yg tidak tahu apa2.Dengan penuh kasih dan sayang ibu mendodoi dan menyusukan kita dan menguruskan segala keperluan kita dgn penuh kesabaran .Seorg ibu yg sanggup berkorban apa saja.Tp anak2 zaman sekarang mudah lupa dgn jasa dan pengorbanan ibu.Seorang ibu akan selalu ingat tarikh kelahiran anak2nya tp  anak2 zaman sekarang mudah lupa dgn tarikh kematian ibunya ya allah berilah aku petujuk bagaimana aku dapat mendidik anak2ku supaya suatu ketika klk anak2ku sentiasa mengingatkan tarikh kematianku  walaupun sekadar sepinggan nasi utk dbuat sedekah arwah.
CORETAN ku ini sekadar untuk peringatan pada anak2ku n alfatihah buat bonda semuga allah mencucuri rahmat keatas beliau .
TARIKH KELAHIRAN MENUNJUK USIA SEMAKIN MENINGKAT TARIKH KEMATIAN MENGINGATKAN KITA PD YG SUDAH PERGI

Thursday, October 4, 2012

KEK LUMUT USU

                                                          KEK LUMUT

Bahan-bahannya:
16 oz mentega
10 biji telor ayam
1 tin susu creamer
1 botol kecil horlick
1 gelas gula halus
2 gelas roti marie(dblend)
2 botol warna hijau pandan paste


1.  Pukul mentega dgn gula sampai kembang.Masukkan telor satu persatu dan kuar sampai sebati
2.  Masukkan horlick,kaya,susu, dan tepung roti  kacau sampai rata2. Akhir sekali masukkan pewarna
     Hijau kacau sehingga sebati n kukus selama 4 jam




Salam dpetang Sabtu semuga dhari ini kita mendapat hidayah dan keberkatannya.Alhamdulillah
Syukur dgn seadanya. Cuaca agak rendup dluar menandakan hujan akan turun.
Hujung minggu kali ini sungguh seronok dgn kehadiran cucuanda arman yg dtg bercuti.Dan pada keesokkannya arman akan balit semula ke sibu.Masa berlalu terlalu pantas pejam celik dah awal october n musim haji akan kujung tiba.Ya allah sungguh rindunya  hambamu ini utk berkunjung ketanah suci sebagai tetamu ya allah.Insallah
(Utk Sharifah eza tq for the pc)


Followers