Contributors

Monday, December 5, 2011

DAGING MASAK HITAM SERI SARAWAK







Assalammualaikum n salam sejahtera untuk semua pembaca blog k.rose yg dsayangi n selamat bercuti untuk anak2 semua.Erm.....sebelum tu k.rose pohon ribuan kemaafan coz dah terlalu lama k.rose tak muncul kerana sibuk dgn tugasan harian n tambahan pula bila dah musim cuti sekolah peluang untuk menggunakan laptop memang tak ada peluang so kita yg dah tua ni terpaksalah mengalah diri untuk anak2

BAHAN-BAHANNYA:
1KG daging
1/2 kg bawang merah(dgoreng garing)
10 ulas bawang merah*dkisar
5 ulas bawang putih*dikisar
2 cm halia*dikisar
1 paket rempah Sharifah(khas dari Sarawak)jikalau perlu
1/2 kismis hitam *dikisar dgn sedikit air
1/2 paket buah prun tidak berbiji *dikisar
1/2 botol kicap pekat
Sedikit air asam jawa
Kicap hitam cair secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit perasa
Sedikit buah pelaga,kayu manis dan bunga cengkih utuk menumis


CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  Daging dipotong dan dbasuh kemudian ditoskan selama setengah jam.
2.  Selepas itu daging digaul dgn rempah Sharifah(jika ada),kicap hitam cair,gula,perasa dan setengah
     botol kicap pekat.Perap selama sejam
3.  Kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga digoreng dgn minyak seketika.Masukkan bawang putih,
     bawang merah dan halia yang dikisar.Tumis sehingga naik bau
4.  Kemudian masukkan daging yang diperap tadi.Biarkan sehingga daging mengeluarkan air dan empuk
5.  Masukkan kismis dan prun yg sudah dikisar bersama dengan air asam jawa.Gaul sehingga masak


No comments:

Post a Comment

Followers