Contributors

Monday, August 6, 2012

Kek Lapis masam manis

Salam sejahtera n bersua kembali d pagi 18 Ramadhan alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dapat meneruskan ibadat puasa kali ini.Tak lama lagi Aidi Fitri akan menjelang.Raya kali ini k.rose rasa takada sedikit pun tercelit perasaan suka k.rose buat persiapan ala kadar sahaja demi anak-anak dan cucuanda.Cuaca diuar hujan semenjak subuh tadi hujan rahmat.N3 kali ini k.rose cuba paparkan satu resipi kek untuk hari raya.Sebenarnya sye mempunyai banyak resipi koleksi kek lapis dari sarawak n kek lama
cuma pc kek sahaja takada sebab itulah k.rose belum paparkan lagi so kalau nak tunggu semua resipi tersebut dibuat memang tak laratlah .Hari ini me n my hubby akan berbuka puasa di hotel coz anak saudara cina k.rose akan melangsungkan perkahwinan pada hari ini.sebelum pergi ke majlis tersebut k.rose kena fikir menu untuk anak2 berbuka so setelah berbincang dgn anak2 menu untuk ari ini ialah DAGING STEAK WA2 N PIZZA MAMA

BAHAN-BAHANNYA:

12 BIJI TELOR
8 BIJI TELOR (kuning sahaja)semua telor jadi 20 biji
4 sudu manis susu krimer manis
16oz mentega
300gm tepung gandum
300gm gula
2 sudu makan ovellete
1 teaspoon vanilla
4 paket masam manis/coklat rice

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Butter dipukul dgn susu sanpai nampak putih/kembang
2.Ditempat yang lain telor,tepong,gula,ovellete,vanilla dipukul sampai kembang
3.Kemudian cantumkan kedua2 adunan tersebut. Kacau sampai rata
4.Bahagi kepada dua bahagian satu warna hijau n satu warna kuning
5.Bakar dgn menggunakan api atas sahaja dgn suhu 160c lapis satu bahagian kemudian
taburkan buah masam manis/coklat rice.Taburan hendaklah dbuat sebelum pembakaran.
6.Akhir sekali apabila sudah habis lapisan dbakar .Gunakan apiatas dan bawah
sekejab sahaja lebih kurang 10 minit untuk memastikan kek cukup masak.
*SETIAP SELEPAS PEMBAKARAN TEKANKAN LAPISAN KEK MENGGUNAKAN PENEKAN BURGER/PENEKAN
KHAS BERTUJUAN MEMASTIKAN LAPISAN TERSEBUT TIDAK MENTAH.JGN DITEKAN TERLAMPAU KUAT*





No comments:

Post a Comment

Followers