Contributors

Wednesday, October 17, 2012

Ayam Blackpaper with Capsicum

Salam sejahtera n ceria selalu semuga anda sihat2 selalu .Pagi Rabu  cuaca dluar hujan lebat.Alhamdulllah selesai sudah ujian PMR  dan sekarang cuma menunggu keputusanakan diumumkan. Tahun 2012 dua org anak k.rose yg menduduki peperiksaan UPSR danPMR Semuga berjaya wahai anak2ku jadilah insan yg berilmu dunia dan akhirat amin.......anak2 yg menduduki peperiksaan ibunya pula yg merasa cemas. Itulah perasaan seorg ibu yg tidak dpt dnafikan .so celoteh dpendekkan  n3 k.rose pada hari ini ialah nak share satu resipi hasil create k.rose sendiri.Satu masakan yg simple janji sedapppppp.Idea resipi ini ialah apabila dah setiap hari memasak Ayam dah takada idea lagi so bila dah terlihat capsicum agaknya dah berminggu2 setia dlm freeze so daripada pembaziran elok dmanafatkan.
Sebelum ini saya  biasa mengunakan capsicum dalam masakkan Daging ala chinese style.Insallah N3 akan dtg k.rose akan paparkan resipi DAGING MASAK CAPSICUM

bahan-bahannya:
12 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
sedikit halia*
(*bahan2 dblend)
1/2 ekor ayam
1/2 paket sos lada hitam
sedikit biji lada hitam dblend
2 sudu kicap pekat
1biji capsicum hijau n merah(dhiris kiub)
1 sudu gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Gorengkan ayam dgn sedikit garam sekejab sahaja.Kemudian tumiskan bahan2 yg sudah dblend apabila
    sudah menguning masukkan sos lada hitam,serbuk lada hitam,kicap pekat,gula ,hirisan capsicum dan  
    masukkan 1/2 cawan air supaya gravy tadi tidak terlalu pekat masak sampai cukup pekat kemudian
    masukkan ayam tadi kacau rata2 kemudian tutupkan api


No comments:

Post a Comment

Followers