Contributors

Wednesday, January 19, 2011

Ikan Masak Cili Padi

Selamat pagi semua pagi khamis 20/1/2011 tak terasa dah nak hampir habis bulan Januari.....pagi2  beginilah kalau tak sibuk time ni anak2 ke sekolah so k.rose sgt2 tenteram n tiada ganguan iklan sampingan so idea pun dtg mencurah2 cam air terjun.Sambil minum secawan kopi sambil mencari ilham erm..... bestnya.
Setiap hari2 tugas k.rose memang tak boleh lari.......seronok n happy .....berkejar ke hulu kemari.......itulah kehidupan.  Namun K.rose tak pernah lupa pada DAPUR MAMA walaupun k.rose cuma seorg suri rumah je.....berkat kesabaran n ketekunan akhirnya k.rose bisa melahirkan DAPUR MAMA yg tak seberapa......
Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan..... kita kena bijak mengaturkan  masa n tugas.....

Sibuk cam manapun k.rose tetap suka bermasak  he....he.....coz k.rose suka NGAP (makan)

Bahan-bahannya:
3 hiris ikan  tenggiri
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
20 biji cili padi (ikut saiz n suka)*
3 keping asam gelugor
sedikit  pati belacan*
300ml  santan
Garam n perasa secukup rasa
1 batang serai(dititik)
1 inci kunyit hidup*

Cara-cara membuatnya:
1.  Kesemua bahan2 * hendaklah dblend kemudian masukkan kedalam periuk yang berisi  santan n
     masukkan sekali serai yg telah dititik.Masukkan sekali asam gelugor
2. Apabila bahan2 tadi dah mendidih masukkan ikan n garam serta secukup rasa.Padamkan api apabila
     dah rasa sedap .

#Alhamdulilah dpt jua k.rose menyiapkan satu resipi untuk hari ini.....so k.rose stop kat sini insallah kita
bersua kembali d lain hari.   Erm......... time dah cukup panggilan SUPIR sudah memanggil#

No comments:

Post a Comment

Followers