Contributors

Thursday, January 13, 2011

Lontong Masak Lemak

Pagi Jumaat yg membahagiakan namun cuaca kat luar masih lagik merana...... dah berapa hari hujan turun bagaikan muntiara......kain jemuran dah berleret2 tak kena cahaya matahari....coz time ni memanglah musim hujan n sampai tahun baru cina.  Akibat hujan lebatlah k.rose terbabas n tak sedar nak bangun..... sejuk lagik tu aduh memang sedap dok dbuai mimpi....anak2 bersiap bagaikan jet.....sarapan pagi k.rose buatkan sandwich je utuk makan dlm kereta.......hujan masih berterusan nak keluar rumah pun terasa malas..
So ari ni k.rose masak je apa yang ada kat peti sejuk. Kira2 drp apa stock yg ada k.rose bercadang nak masak LONTONG MASAK LEMAK teringat k.rose pd  arwah bapa (alfatihah) menu nilah kegemaran arwah.....sampaikan time nak gi Haji pun arwah bapa menyuruh arwah ibu membawa bahan2 resipi ni.....untuk dbawa ke MEKAH

Bahan-bahannya:

1 paket tauhu kering(drendam dlm air)
3 keping mushroom hitam(drendam dlm air)
1 keping soo on(laksa Gerjat sejenis mee halus yg dgunakan dlm sup)
2 biji kentang
Sedikit Udang kering/isi ayam/daging
2 paket santan
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih *
sedikit cili kering (ikut suka)*
*Bahan2 ini hendaklah dblend
2 batang serai (ditumbuk jgn sampai hancur)



Cara-cara membuatnya:

1.  Panaskan minyak  n tumiskan kesemua bahan2yang dblend tadi n kalu menggunakan udang kering blend
     kan sekali bila dah agak menguning masukkan santan n kentang rebuskan sampai kentang menjadi  empuk
2.  Kemudian barulah masukkan tauhu kering,soo on,kulat dan kalu suka boleh masukkan sayur cobis atau
     sayur kacang (ikut suka)
3.  Akhir sekali masukkanlah perasa


(UNTUK MENAMBAH LEBIH KELAZATAN BOLEH DTAMBAH DGN SAMBAL GORENG)

No comments:

Post a Comment

Followers