14 hari satu jangka masa yang lama bagi sye kerana semua tugasan kena dipikul sendiri .Dari tugasan surirumah sehinga jadi menteri kewangan .......bab jadi menteri kewangan lah yg paling berat tugasan.Tp alhamdulillah semuanya beres.
Hari ini k.rose nak share satu resipi yg k.rose create sendiri .Sedapppp SAMBAL GORENG IKAN SALAI erm.....kalau dah hari2 memasak kekadang tu dah habis idea so bila ternampak je ikan salai so timbullah idea nak create resipi ni.Selalunya k.rose masak ikan salai dgn terung asam.
BAHAN-BAHANNYA:
Ikan salai

6 biji bawang putih*
cili kering ikut suka*
sedikit halia *
2 batang serai*
2sudu gula
garam secukup rasa
sedikit asam jawa
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Blend kesemua bahan2* dgn air asam jawa
2.Tumis kesemua bahan2 tadi sampai naik bau
3.Masukkan ikan yg sudah dpotong tadi
4.Kalau sambal terlalu pekat masukkan sedikit air
5.Biar mendidihdan akhir sekali masukkan perasa n gula
No comments:
Post a Comment