Contributors

Sunday, June 4, 2017

Karipap Pusar

Salam sejahtera n selamat menyambut bulan Ramadhan 2017.....alhamdulillah kali ini k.rose berkesempatan menyambut bersama2 keluarga.....2016 k.rose berpuasa d bumi Holland kerana menjadi bidan terjun....sebab anak sulung k.rose melahirkan anak yg ke dua....rasa dah lama dapur mama menyepi tapi kali ini bersemangat utk bernafas semula.....nak tau sebabnya ialah satu berita yg amat mengembirakan sebab k.rose dlm perbincangan akan membuku blog ini .....agak nya ada tak yang sudi membeli buku resipi k.rose nanti....namun pada pengunjung blog d.mama yg tetap sedia menjadi follwer tetap k.rose hargai tanpa blog ini siapalah saya....so tlg bagi pendapat ya.....boleh email kan ke  roseikhwan49@gmail.com ......kali ini k.rose nak share satu  resipi karipap pusar.....ini kali ke dua k,rose menggunakan resipi ini n kali pertama ramadhan tahun lps semasa d bumi Holland berpuasa d sana amat mencabar walaupun cuaca tidak panas tetapi tempoh masa trlalu lama iaitu selama 19 jam..
*TERIMA  KASIH PADA TUAN EMPUNYA RESIPI INI*

CARA MEMBUAT INI
1. PAKET DAGING BLEND
2. KENTANG 5 BIJI SEDERHANA
3. 1 SUDU BESAR MINYAK
4. 2 ULAS BAWANG MERAH
5. 1 ULAS BAWANG PUTIH
6. 2 SUDU MKN SERBUK KARI
7. 1/2 CAWAN AIR UTK MEMASAK BHN2 TADI
8,GARAM N GULA SECUKUP RASA

A.KENTANG D POTONG DADU KEMUDIAN D REBUS SEHINGGA LEMBUT
B. BAWANG PUTIH N BAWANG MERAH D BLEND KEMUDIAN D TUMIS SEHINGGA                NAIK  BAU KEMUDIAN MASUKKAN SERBUK KARI....KEMUDIAN MASUKKAN
     DAGING N KENTANG....AKHIR SEKALI MASUKKAN GARAM N GULA SECUKUP                RASA


CARA MEMBUAT DOH A
  1 CAWAN  TPG GANDUM
  1 SUDU TPG JAGUNG
  2  SUDU BESAR SHORTENING  
  2 SUDU BESAR MARJERIN
*adunkan kesemua bahan2 ini sehingga menjadi doh yg lembut kemudian bungkus dgn plastic foil
 

CARA MEMBUAT ADUNAN B
2 CAWAN TPG
1/4 MINYAK JAGUNG
1 1/2 AIR
*adunkan  kesemua bahan2 d atassehingga menjadi doh yang lembut.
Kemudian bahagikan kedua2 adunan A & B kepada 4 bahagian kemudian bulat2kan
Ambilkan satu bahagian doh B leperkan ...masukkan doh A kedalam bahagian  tengah2 kemudian tutup seperti kita masukkan ini cucur badak



Ambil 1 doh datas kemudian digelek menjadi sederhana tebal kemudian digulong seperti gambar di bawah


kemudian leperkan dan gulung dr bawah .Ulang sebanyak 2 kali


 Pot ong gulongan menjadi 6 bahagian.Hasilnya menjadi 24 ketul....or ikut suka berapa besar saiz karipap kita mahu









No comments:

Post a Comment

Followers