Thursday, January 17, 2013
FRUIT PASTRY CAKE
Rabu 16/01/2013 masa berlalu trlalu pantas ......pejam celik dah masuk pertengahan bulan
January anak-anak semakin membesar n umur kita pun semakin meningkat. N3 kali ini k.rose nak share satu resipi yang simple n sedap baik untuk kesihatan.Sebenarnya semua bahan2 dah k.rose blikan cuma masa tidak trluang ......sibuk dgn rutin seharian .
Bahan-bahannya:
100gm butter
180gm gula halus
2 sudu makan low fat yogurt
3 biji telor
1sudu teh vanilla
1sudu teh lemon
210gm plain flour*
1 sudu teh baking powder*
Cara-cara membuatnya:
1.Butter,gula,low fat yogurt dipukul hingga
sebati dan halus.
2. Kemudian masukkan telor satu persatu
3. Cantumkan bahan2 * kemudian masukkan
kedalam adunan tadi bhg kepada 3
bahagian sehingga habis.
4. Akhir sekali masukkan essen vanilla kacau hingga sebati
5. Gunakan acauan berukuran 8x8
6. Buah-buahan yg dgunakan ikut citarasa kalau gunakan buah2an dlm tin pasrikan ditapiskan .
kemudian dpotong dan di susun di atas adunan tersebut pastikan jgn ditekan.
7. Bakar dgn suhu 170c selama satu jam dan pastikan acuan tersebut ditutup dgn foil semasa
pembakaran 15 minit sebelum tempoh 1 jam bertujuan supaya bahagian permukaan kuih
tersebut tidak terlalu masak.
#Terima kasih kepada tuan punya resipi ini blog BISAUSATOI dan tq juga pd anakanda eva
yg memperkenalkan blog ini pd bonda#
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment