Contributors

Tuesday, December 6, 2011

AYAM MASAK KURMA KASIH

AYAM MASAK KURMA KASIH

Selamat petang n salam sejahtera untuk anda semua semuga sihat2 n ceria selalu seceria mentari pagi.Penghidupan seharusnya ceria kalau tidak pudarlah ya seumpama masakan tanpa perasa. waduh....waduh k.rose kalau pasal berceloteh erm memang no.1 tp asalkan kita tidak mengata orang atau menyakiti hati insan lain .Celoteh pasal masakan tidak menjadi hal  seronok dpt berkongsi sesuatu yg dpt mendatangkan hasil. so hari ini k.rose nak kongsi satu resipi AYAM MASAK KURMA KASIH

BAHAN-BAHANNYA:
1 ekor ayam yg sudah dpotong
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia
2 batang serai*
4 sudu serbuk KURMA ADABI
3 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat
1/2 tin susu cair
2 biji limau kasturi
* bahan2 dblend
Sedikit rempah tumis
1 sudu makan kerisik

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  Cuci bersih ayam kemudian toskan dan dgaul dgn sedikit garam kemudian digoreng sekejap
2.  Panaskan minyak dan masukkan rempah tumis dan kesemua bahan-bahan yg telah di blend tadi biarkan 
     sampai angkat bau dan masukkan serbuk KURMA ADABI kemudian masukkan susu cair dan 1 cawan 
     air biarkan sampai mendidih.
3.  Perahkan limau kasturi  masukkan gula,susu,kerisik, dan sedikit kicap 
4.  Akhir sekali masukkan ayam yg sudah digoreng tadi dan akhir sekali masukkan perasa secukupnya





























Monday, December 5, 2011

DAGING MASAK HITAM SERI SARAWAK







Assalammualaikum n salam sejahtera untuk semua pembaca blog k.rose yg dsayangi n selamat bercuti untuk anak2 semua.Erm.....sebelum tu k.rose pohon ribuan kemaafan coz dah terlalu lama k.rose tak muncul kerana sibuk dgn tugasan harian n tambahan pula bila dah musim cuti sekolah peluang untuk menggunakan laptop memang tak ada peluang so kita yg dah tua ni terpaksalah mengalah diri untuk anak2

BAHAN-BAHANNYA:
1KG daging
1/2 kg bawang merah(dgoreng garing)
10 ulas bawang merah*dkisar
5 ulas bawang putih*dikisar
2 cm halia*dikisar
1 paket rempah Sharifah(khas dari Sarawak)jikalau perlu
1/2 kismis hitam *dikisar dgn sedikit air
1/2 paket buah prun tidak berbiji *dikisar
1/2 botol kicap pekat
Sedikit air asam jawa
Kicap hitam cair secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit perasa
Sedikit buah pelaga,kayu manis dan bunga cengkih utuk menumis


CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.  Daging dipotong dan dbasuh kemudian ditoskan selama setengah jam.
2.  Selepas itu daging digaul dgn rempah Sharifah(jika ada),kicap hitam cair,gula,perasa dan setengah
     botol kicap pekat.Perap selama sejam
3.  Kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga digoreng dgn minyak seketika.Masukkan bawang putih,
     bawang merah dan halia yang dikisar.Tumis sehingga naik bau
4.  Kemudian masukkan daging yang diperap tadi.Biarkan sehingga daging mengeluarkan air dan empuk
5.  Masukkan kismis dan prun yg sudah dikisar bersama dengan air asam jawa.Gaul sehingga masak


Followers