Contributors

Monday, December 3, 2012

Durian Crepes

Salam sejahtera  dah masuk penghujung tahun 2012
pejam celik tak terasa masa berlalu meninggalkan .
Tinggal sejarah pahit n manis sepanjang 2012. Tp bersyukur kita masih dsini.Sekarang ni musim cuti sekolah n musim kenduri kahwin n yang paling best sekali musim buah-buahan .Sana sini duri oh duri
perbagai menu dpt dperbuah daripada raja buah ni
so kali ni N3 k.rose ialah DURIAN CREPES dalam istilah org melayu mcm kuih lengang.

BAHAN-BAHANNYA:
(adunan dadar)
30gm tpg Hongkong
30gm tpg Kastard
20gm tpg jagung
20gm tpg ubi
20gm tpg kentang/tpg sagu
3 biji telur
1/4 sudu garam
250ml susu cair
1 sudu besar mentega cair
Pewarna kuning-optional

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1,Satukan semua bahan adunan dadar,kacau rata dan tapis.Rehatkan selama 20 minit.adunan yg agak cair menghasilkan dadar yg nipis
2.Panaskan kuali non-stick dgn api sederhana,ambil satu sendok adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yg nipis.Masak hingga atasnya mengering dan tidak perlu di tebalikkan.
3, Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis
4. Pipekan sedikit whip cream di tengah dadar letak 1 sudu kecil kastard durian kemudian tutup dgn whip cream.
5. lipat dadar menjadi empat segi .Buat hingga habis dan simpan di dalam peti sejuk


INTI KASTARD DURIAN;
250ML SUSU CAIR
1 1/2 SUDU BESAR TEPUNG KASTARD
2 SUDU BESAR GULA PASIR
1/4 SUDU TEH GARAM
1 BIJI KUNING TELOR
150GM ISI DURIAN

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Satukan semua bahan kastard kisar sebentar hingga hancur isi durian.Kemudian tapis ke dlm periuk dan masak dgn api perlahan hingga menjadi kental
2.Simpan di dalam peti sejuk sebelum di isi ke dalam dadar/crepe bersama whip cream

Non diary whip cream secukupnya putar hingga kental(Masukkan dlm piping bag)

*TERIMA KASIH PADA CITARASAWAN OWN RECIPE  kerana sudi berkongsi resipi ini n pada puan iza n anakku eva tq kerana memberi info ini utk mama*


Followers