Contributors

Sunday, August 12, 2012

Biskut oat m.anot


              Insallah n3 kali ini satu resipi biskut org tua dahulu yg menjadi resipi turun temurun  . Biskut yang menjadi kegemaran keluarga k.rose n setiap kali raya arwah bonda mentua tidak ketinggalan membuat biskut ini yang akan menjadi rebutan cucu-cucunya alfatihah buat arwah bonda.  Semalam buat lagi biskut ini belum raya conterner dah setengah coz ramai peminat.Mari-mari cubalah rasa kelazatan saya BISKUT OAT M.ANOT dberi nama.Kebiasaanya kalau lebaran tiba k.rose tak buat biskut ini walaupun family k.rose suka.Kerana dapat menumpang makan apabila bertandang ke rumah mentua tapi raya kali ini terpaksalah buatlah sendiri .Nasib baiklah masa arwah bonda masih ada k.rose sempat juga meminta resipi ini. Tapi time mula2 k.rose buat bila semua adunan dah semua dmasukkan satu jelah yg tidak tertulis dlm resipi iaitu sukatan tepong.Maklumlah org tua dulu2 kalau buat sesuatu masakkan atau biskut semuanya gunakan anggaran sahaja tapi tetap menjadi n sedap juga kerana mereka buat dgn keiklasan n kasih sayang


Bahan-bahannya:


Bahan-bahannya:
16 oz planta
8 oz ghee
16oz gula halus
1sudu teh baking powder
850 gm tepong gandum
5 sudu meja tepong jagung
300 gm oat


Cara-cara membuatnya:

1.Camtumkan planta  n ghee dan gaul sampai  sebati .Kemudian masukkan  gula dan
  Gaul rata-rata.
2.Masukkan oat, dan tepong yg sudah dgaul dgn baking powder dan tepong jagung
3.Apabila sudah sebati bulat2 kan  dgn berat 12gm kemudian dgaulkan dgn oat
4. Bakar dgn suhu 120c












       

Lapis strawberry




Bahan-bahannya:
20 biji telor ayam(8biji dibuang putih)
300 gm gula
300 gm tepung gandum/tepung halus
16 oz mentega
2sudu meja ovellete
1paket strawberry ice cream powder
1 sudu meja syrawberry paste
4 sudu susu krimer manis

Cara-cara membuatnya:
1.  Pukul mentega hingga kembang dgn susu
2.  Pukul telor,gula,tepung sampai kembang dan pekat campurkan sekali ovellete
3.  Campurkan kedua2 adunan tersebut menjadi satu adunan kacau sampai rata-rata
4.  Kemudian adunan tadi dbahagi 2
     a. Satu bahagian dibiarkan begitu sahajaP
     b. Satu bahagian lagi di campur ice cream powder dan strawberry paste
5.  Dengan menggunakan api atas bakar lapisan (a) satu lapis sahaja
6.  Selepas itu bahagian (b) 2 lapis warna yg sama ( sila rujuk pd pc) sehingga habis
(setiap lapisan pertama 150gm dan lapisan seterusnya 130gm dgn suhu 160 c)

(Selamat mencuba n salam sayang dari DAPUR MAMA utk para pengunjung yg tetap setia dan sentiasa memberi sokongan pada saya)











Saturday, August 11, 2012

Kek lapis Horlick









Salam sejahtera bersua kembali buat kali ini semalam k.rose rasa sungguh gembira coz akhirnya berjaya juga k.rose mengupdatekan Dapur Mama menggunakan ipad.He.....he.... Sungguh melucukn tp itulah hakikatnya coz bidang it bukan bidang saya.Insallah kali ini senang n cepat bagi k.rose untuk menyiarkan resipi2 terkini untuk para pengunjung yg dikasihi.Insallah kalau masa n keadaan mengizinkan akan saya paparkan lebih byk lagi resipi kek lapis n biskut dari sarawak.

Bahan-bahannya:
12 biji telor ayam (2 biji dbuangkan putihnya)
200gm horlick
200gm gula
220 gm tepung gandum
1 tin susu kremer manis(kurangkan jika suka)

1.Pukul gula dan tepung sampai kembang.Mentega dipukul dtempat yg lain sampai 
   Putih atau kembang.
2.Kemudian cantumkan kedua-dua adunan tersebut
3.Masukkan tepung sebanyak 3 peringkat dan kacau sampai sebati(jgn dmasukkan sekali tepung 
   Tersebut.
4.Dan masukkan susu dan horlick kacau sampai sebati
5.Akhir sekali bakar dgn api atas sahaja dgn suhu 160c
6.Untuk lapisan pertama timbangkan adunan seberat 150gm kemudian bakar dan untuk
    Lapisan seterus seberat 120gm. Ulangi sampai habis adunan tersebut.
7.Akhir sekali gunakan api atas dan bawah selama 5 minit

(Selamat  mencuba. Dan. Selamat hari raya maaf zahir n batin)


Thursday, August 9, 2012

PAI ROTI BERLAPIS DAGING

Bersua kembali dpagi JUMAAT bersamaan 21 RAMADHAN. Pejam celik tinggal 9 hari lagi syawal menjelang tiba.....tapi syawal kali ini taklah seperti syawal yg lepas namun kehidupan tetap dteruskan buat ala kadar je.....time beginilah terasa sangat terutama dpagi raya.Kebiasaan kami sekeluarga akan berkumpul drumah ibu mentua.Semuga Allah memberi kami kekuatan.So pagi ini minda ku terasa kosong namun  tetap ku lakari coretan dalam DAPUR MAMA .satu resipi yg menjadi kenangan sepanjang hayat .N satu resipi pengikat kasih antara kami.Erm....... cerita bermula pai inilah yg k.rose buatkan pada bulan ramadhan tahun 1985 time mula2 mengenali suami tersayang.Perkenalan berputik time bulan puasa salam perkenalan dmula dgn PAI  ROTI  BERLAPIS  DAGING. so dbalas dgn suntong tutok bersambal. He.....he....he....so sweet tq so much to
my lovely hubby n love u forever



Roti berlapis daging 
(bahan-bahan utk inti) A
1 paket daging/ayam blend
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
*blend*
3 sudu meja serbuk kari
2 sudu meja Sedikit gula
Garam n secukup rasa
Daun sup dan daun bawang

Bahan-bahan utk kulit  B
Keping roti cream crakers(pastikan yg tidak terlalu ranggup)
1 tin susu ideal milk
Santan
Sedikit garam

Cara-cara membuat bahan  A
1.tumiskan kesemua bahan-bahan yg dblend tadi sampai menguning
2.masukkan serbuk kari kacau sampai cukup masak
3.masukkan daging dan kacau lagi
4.akhir sekali masukkan secukup rasa

Cara-cara membuat bahan B
1.masakkan santan dan susu ideal milk kemudian celupkan roti dan terus susunkan kedlm acuan yg sudah dsapukan memtega bahagian bawahnya supaya apabila masak tidak
 melekat pada acuan.
2.kemudian taburkan daging dan daun sup.Susunkan roti diatas permukaan lapisan tadi
3.Ulangi sampai habis inti daging atau ikut ketinggian acuan
4.Akhir sekali tuangkan lebihan santan keatas lapisan roti
5.Bakar dgn suhu 150c selama 30 minit







Monday, August 6, 2012

Kek Lapis masam manis

Salam sejahtera n bersua kembali d pagi 18 Ramadhan alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana dapat meneruskan ibadat puasa kali ini.Tak lama lagi Aidi Fitri akan menjelang.Raya kali ini k.rose rasa takada sedikit pun tercelit perasaan suka k.rose buat persiapan ala kadar sahaja demi anak-anak dan cucuanda.Cuaca diuar hujan semenjak subuh tadi hujan rahmat.N3 kali ini k.rose cuba paparkan satu resipi kek untuk hari raya.Sebenarnya sye mempunyai banyak resipi koleksi kek lapis dari sarawak n kek lama
cuma pc kek sahaja takada sebab itulah k.rose belum paparkan lagi so kalau nak tunggu semua resipi tersebut dibuat memang tak laratlah .Hari ini me n my hubby akan berbuka puasa di hotel coz anak saudara cina k.rose akan melangsungkan perkahwinan pada hari ini.sebelum pergi ke majlis tersebut k.rose kena fikir menu untuk anak2 berbuka so setelah berbincang dgn anak2 menu untuk ari ini ialah DAGING STEAK WA2 N PIZZA MAMA

BAHAN-BAHANNYA:

12 BIJI TELOR
8 BIJI TELOR (kuning sahaja)semua telor jadi 20 biji
4 sudu manis susu krimer manis
16oz mentega
300gm tepung gandum
300gm gula
2 sudu makan ovellete
1 teaspoon vanilla
4 paket masam manis/coklat rice

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1.Butter dipukul dgn susu sanpai nampak putih/kembang
2.Ditempat yang lain telor,tepong,gula,ovellete,vanilla dipukul sampai kembang
3.Kemudian cantumkan kedua2 adunan tersebut. Kacau sampai rata
4.Bahagi kepada dua bahagian satu warna hijau n satu warna kuning
5.Bakar dgn menggunakan api atas sahaja dgn suhu 160c lapis satu bahagian kemudian
taburkan buah masam manis/coklat rice.Taburan hendaklah dbuat sebelum pembakaran.
6.Akhir sekali apabila sudah habis lapisan dbakar .Gunakan apiatas dan bawah
sekejab sahaja lebih kurang 10 minit untuk memastikan kek cukup masak.
*SETIAP SELEPAS PEMBAKARAN TEKANKAN LAPISAN KEK MENGGUNAKAN PENEKAN BURGER/PENEKAN
KHAS BERTUJUAN MEMASTIKAN LAPISAN TERSEBUT TIDAK MENTAH.JGN DITEKAN TERLAMPAU KUAT*





Thursday, August 2, 2012

BAKE MACARONI WITH CHEESE


Salam Jumaat dpagi Ramadhan yg ke 14 semuga ceria-ceria selalu insallah sama2lah kita mendapat keberkatan dbulan yang mulia ini. Kalau dah nama janji mesti ditepati sebab hari sebelumnya bila k.rose upload pc BAKE  MACARONI WITH CHEESE kat facebook masing2 dah terliur n nakkan resipi.  Sebenarnya resipi ni k.rose terjumpa kat satu blog masakan tp bila dah beberapa hari dah tak ingat nama tuan empunya bog ini.Sebelum sye  nak memaparkan resipi ini terlebih dahulu k.rose pohon  kemaafan kepada tuannya .Kerana mencetak rompakkan resipi puan.


BAHAN-BAHAN  A

1PAKET DAGING BLEND/AYAM/ISI AYAM
2 SUDU MKN SERBUK KARI AYAM
1/2 TIN KECIL TOMATO PURE
1 BIJI BAWANG BAKONG (dihiris halus)
2BIJI BUAH TOMATO(dihiris halus)
3 SUDU MKN GULA
SEDIKIT MINYAK
300GM  MACARONI(DIREBUS)
SEDIKIT KULAT TIN

BAHAN-BAHAN B
5 BIJI TELOR
2 SUDU MKN GULA
2 SUDU MKN TEPUNG  GANDUM
250ML SUSU FRESH MILK/SUSU CAIR
(BLENDKAN KESEMUA BAHAN2 INI)

CARA-CARA MEMBUAT BAHAN2  A
1.  TUMISKAN BAWANG N APABILA SUDAH MENGUNING MASKKAN SERBUK  KARI 
2.  MASUKKAN TOMATO PURE, BUAH  TOMATO, KULAT TIN,GULA DAN SECUKUP RASA
3. AKHIR SEKALI MASUKKAN MACARONI   DAN  KACAU  SEHINGGA SEBATI 

CARA-CARA MEMBUAT BAHAN  B
1.  BLEND/PUTAR SAMPAI KEMBANG  BAHAN2 INI  KEMUDIAN  TUANGKAN  KEDALAM
     ACUAN MACARONI TADI  PARUTKAN CHEESE CHEDDAR/MOZARELLA  TABUR 
     KEATASNNYA DAN BAKAR DGN SUHU 150C SELAMA 30 MINIT


#SELAMAT MENCUBA N KALAU SEDAPPPPP INGAT SAYA DAN KALAU TAK SEDAPPP
MAAFKAN SAYA# 















Followers