Contributors

Tuesday, March 27, 2012

SUP BEBOLA IKAN M.nian.......

Pagi selasa 28/03/2012 terfikir2 nak masak apa hari ini......biasalah selepas menghantar anak2 ke sekolah k.rose singgah d pasar......ternamapak ikan tenggiri yang kelihatan segar je....so terus teringat nak buat SUP  BEBOLA IKAN seperti yang arwah mak k.rose buatkan dulu.Sedappppp itulah makanan favourite k.rose zaman kanak2 dulu nasib baiklah k.rose sempat menuntut ilmu tu.Mana tak sedapppnya kalau buatan sendiri n kalau nak dbandingkan bebola ikan yang djual  dpasaran.Buatan sendiri djamin bersih n lebih2 lagi kalau si ibu yang membuatnya dgn penuh kasih sayang.

BAHAN-BAHANNYA:
500gm isi ikan tenggiri(dtumbuk halus)
1/2 batang carrot (dparut halus)
 1 inci halia (dihiris halus)
3 sudu besar tepung jagung
sedikit garam,lada,perasa
2 keping asam gelugor
3 ulas bawang merah*dihiris nipis
2 ulas bawang putih*dihiris nipis
1 ikat sauhoon(laksa gerjat)

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Campurkan isi ikan dgn carrot yang sudah dparut halus dgn tepung jagung,garam,serbuk lada dan perasa
     halia    (kalau tangan terasa melekat dgn adunan tadi celupkan tangan dgn air selepas itu bulat2kan adunan
    saiz bebola mengikut kesukaan)
2. Tumiskan bahan2 yang sudah dihiris tadi sampai menguning masukkan air lebih kurang n asam keping
    sekali biarkan mendidih kemudian masukkan bebola ikan.
3. Perasa secukup rasa n akhir sekali masukkan sauhoon








Saturday, March 24, 2012

KARI IKAN TUMIS MAMA

Salam sejahtera dipetang sabtu cuaca kat luar hujan lebat suasana sepi  coz anak2 k.rose ada yang tusyen n ada yang mengikut c.wa ke kampung so time beginilah sangat sesuai kalau hendak berkarya.....Kali ini k.rose nak paparkan satu resipi yg memang semua orang tahu memasaknya tp tujuan k.rose sekadar untuk yg ingin mempelajarinya sebab itulah resipi ini k.rose pandang ringan je coz semua org pasti tahu memasak tp semenjak kebelakang ni  dapur mama k.rose ada pengunjung setia erm.....rupa2nya anak sulung k,rose sendiri bila hendak memasak pastilah DAPUR MAMA jadi rujukkan kalau resipi tak ada dlm DAPUR MAMA barulah dia call k.rose. erm.......renung2lah betapa canggihnya dunia IT sekarang sekurang2nya yg tak pandai memasak boleh jadi pandai asalkan rajin.

BAHAN-BAHANNYA:
1 ekor ikan tenggiri/tongkol /pelayak sederhana besar
8 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 batang bunga kiantan(dblend)*
2 batang bunga kiantan dihiris/potong 2
2 batang serai*
sedikit daun kesum
3 sudu besar kari ikan
asam jawa secukup rasa*
cili kering ikut suka*
(semua bahan-bahan*dblendkan)


CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Tumiskan kesemua bahan2 yang sudah dblend dgn air asam sampai naik bau
2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan n masukkan secawan air n masukkan sekali hirisan bunga kiantan
    biarkan sampai mendidih
3.Akhir sekali masukkan ikan n daun kesum, garam dan secukup rasa n kalau terlalu pekat bolehlah
   dtambahkan secawan lagi air pastikan jgn terlalu pekat n terlalu cair

 * TIP untuk melazatkan masakkan bukannya susah bahan2 hendaklah secukupnya n yg kunci utama kelazatan*
  satu2 masakkan ialah KEIKLASAN HATI.........

Friday, March 23, 2012

Lambaian Kaabah........2008



Salam sejahtera dipetang Jumaat semuga Jumaat kali ini membawa seribu keberkatan pada kita semua.Erm....agaknya memang dah berkurun k.rose tak mengupdatekan DAPUR MAMA ribuan kemaafan k.rose pohonkan dari pengunjung setia blog DAPUR MAMA .Pada 2012 nilah tahun yang paling sibuk  bagi k.rose coz dari jam 5.00pagi dah bermula rutin seharian n tambahan pula ada dua daripada anak2 k.rose yang akan menghadapi peperiksaan UPSR n PMR tahun ini.
Hari ini 23/3/2012 rombongan bonda mentua k.rose akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.
Semuga mereka selamat sampai ke tanah suci n selamat kembali ke tanah air.Bila bercakap pasal umrah teringat k.rose time first membuat umrah pada 23/5/2008 detik itulah yang paling bersejarah dlm kehidupan k.rose alhamdulillah sampai juga k.rose ke tanah suci walaupun time itu anak bongsu k.rose baru je berusia 2 tahun lebih pemergian k.rose ke tanah suci  bersama family abg k.rose .My hubby dah pergi pada tahun2000
so tugasan sye secara tak langsung diambil alih oleh hubby tercinta.
Satu pesanan arwah ayah mentua k.rose yalah berpohonlah depan kaabah minta ALLAH berikan iman yang terus menetap dhati .
Insallah kalau ada rezeki n kesihatan yang baik k.rose sekali lagi ingin hendak menjadi tetamu ALLAH tp biarlah kali ini bersama2 suami tercinta dlm ibadat haji.INSALLAH












Thursday, March 22, 2012

Nilai kasih seorang ibu


Bonda n anak2 menantu 

Tiada kata secantik bahasa kasih seorang ibu sampai bila2 n kasih saudara dmasa berada......cuba kita fikir sejenak betapa besarnya pengorbanan seorang ibu......bagaimana seorang ibu bisa menjaga berapa ramainya anak tapi bila ibu sakit anak2 tak sanggup nak menjaga seorang ibu.....apa yg ingin k.rose coretkan cuma sekadar untuk mengingati diri sendiri n anak2 k.rose. Hidup akan terasa sepi kalau org2 yg dkasih dah takada
so semasa hayat mereka masih bernafas jagalah hati dan perasaan mereka wang ringgit bukan yg mereka mahu cukuplah sekadar perhatian dan sentuhan kasih sayang untuk mereka. Semuga allah panjangkan umur n memberi kesihatan yg terbaik untuk bonda mentua ku yg amat k.rose kasihi. Syukur alhamdulillah kerana memberi k.rose ruang untuk menumpang kasih seorang ibu coz ibu kandung k.rose dah kembali kerahmatullah kira2 belasan tahun yang lepas.  Alfatihah untuk bonda (Hjjh Zoriah) Hari ini 22 mac 2012 bonda HJJ RAJANNAH serta kak ipar n adik2 ipar k.rose akan pegi mengerjakan umrah semuga allah memberi keberkatan pada mereka semua n semuga bonda bertambah sihat n selamat kembali ke tanah air pada 4/4/2012.Padamu ya allah ku pohonkan kesihatan yang baik untuk bonda HAJJAH RAJANNAH amin......

semasa dhospital seminggu sebelum nak berangkat



Bonda merupakan seorang yg sangat kuat semangat n cekal walaupun keadaan kesihatan beliau tidak begitu mengizin pemergiannya namun niat dah lama dihati nak pegi umrah bersama anak2 akhirnya drestui  allah .Alhamdulillah tercapai juga hasratnya.

Followers